Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2024

Kepada bekas pelajar tajaan Yayasan Selangor, Yayasan Selangor telah membuka tawaran untuk Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor 2024.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai pinjaman pelajaran tersebut.

Mengenai Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Pinjaman pelajaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang ditawarkan oleh Yayasan Selangor kepada bekas pelajar tajaan yayasan tersebut.

Tawaran pinjaman pelajaran ini merupakan sebagai salah satu keistimewaan yang diberikan oleh Yayasan Selangor kepada pelajar yang pernah menerima tajaan daripada yayasan berkenaan.

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) tanpa modal saham.

Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi.

Yayasan Selangor diwujudkan oleh Allahyarham Dato’ Haji Harun bin Haji Idris setelah melihat kedudukan pendidikan anak-anak Melayu di luar bandar yang jauh ketinggalan terutama dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab dan Sains.

Hasil daripada pengamatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor mulai tahun 1964 hingga 1976, didapati bilangan pelajar Melayu sangat berkurangan di sekolah menengah yang terkemuka di bandar seperti Kuala Lumpur.

Oleh kerana itulah satu cadangan telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuhkan sebuah badan pelajaran yang berasingan yang boleh mengeluarkan perbelanjaan dan bantuan kepada anak-anak miskin dari luar bandar atau daerah-daerah yang jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 16 Disember 2024 pada 30 Disember 2024.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon pinjaman pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan BEKAS PELAJAR TAJAAN YAYASAN SELANGOR di peringkat menengah melalui program :
    – Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RKPYS)
    High Potential Student’ (HIPERS)
    – Program Tingkatan Enam (PTEYS)
    – RKPYS – anak wargakerja
  2. Pemohon sedang mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA di peringkat DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau Universiti Selangor (UNISEL) atau Universiti Islam Selangor (UIS).
  3. Tidak menerima sebarang penajaan atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara.
  4. Umur tidak melebihi 30 tahun
  5. Pemohon, ibu dan bapa warganegara Malaysia
  6. Pemohon / Ibu / bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974
  7. Pemohon yang bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Selangor juga layak memohon, namun keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir di Negeri Selangor
  8. Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan
  9. Pemohon membuat permohonan pada waktu yang ditetapkan
  10. Keutamaan pemberian tawaran akan ditetapkan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor dan segala keputusan adalah muktamad
  11. Pemohon perlu melampirkan Salinan SIJIL ANAK YAYASAN sebagai bukti pernah menerima tajaan.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor  di laman sesawang Sistem Pembiayaan Pendidikan Negeri Selangor (https://edanapendidikan.selangor.gov.my/login).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor, sila hubungi 03-7669 1153 / 1188 /1213 atau [email protected].

Baca juga: Cara Memohon Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: