Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA 2022

Pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) boleh membuat permohonan pinjaman pendidikan yang ditawarkan iaitu Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA.

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang
berkelayakan dan tidak menerima apa-apa pinjaman untuk membiayai yuran pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan dibuka bermula sehingga 30 November 2022 khusus kepada pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Bayaran Balik Pinjaman

Untuk pelajar yang menerima pinjaman pendidikan ini, bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

HPNGPeratus Bayaran Balik (%)
3.75 – 4.0Layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman sepenuhnya
3.74 dan ke bawah100 % dikenakan bayaran balik pinjaman

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
  3. Pelajar yang mendaftar pengajian sepenuh masa di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  4. Terbuka kepada pelajar Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1 , 2 dan 3.
  5. Bagi pelajar tahun, tiada syarat pencapaian akademik yang diperlukan kecuali bagi pelajar tahun 2 dan 3 disyaratkan memperolehi HPNG 2.00 ke atas bagi keputusan peperiksaan pengajian semasa.
  6. Terbuka hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.
  7. Pelajar yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya Yayasan Negeri, PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.
  8. Pendapatan isi rumah ibu bapa/penjaga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.

Kriteria Pemilihan

Kriteria pemilihan bagi pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan semua maklumat dalam borang permohonan.
  2. Memenuhi semua syarat kelayakan pemohon.
  3. Menghadiri temuduga dan mendapat sokongan panel temuduga melalui pencapaian markah minimum yang ditetapkan.
  4. Permohonan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa
  5. Pinjaman Pendidikan ASWARA. Jawatankuasa ini akan mengeluarkan surat tawaran dan apabila dipersetujui, borang perjanjian akan ditandatangani oleh Pelajar dan juga pihak ASWARA.
  6. Pemohonan yang memenuhi semua syarat kelayakan memohon tidak semestinya ditawarkan pinjaman.

Tatacara Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan pinjaman ini melalui pautan http://my.aswara.edu.my/eDirectory/pages/.

Tatacara lanjut untuk memohon boleh dibuat menerusi gambar di bawah:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah ASWARA 2022, sila layari laman web http://my.aswara.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: