Pinjaman Pendidikan PTPTN: Cara Membuat Permohonan Secara Online

pinjaman-pendidikan-ptptn

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan salah satu pembiayaan pelajaran yang lazimnya dimohon oleh kebanyakan pelajar bagi melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS di dalam negara.

PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula beroperasi pada 1 November 1997 yang mana antara fungsi utamanya adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.

Bagi membiayai pengajian di peringkat tinggi, Pinjaman Pendidikan PTPTN merupakan antara pilihan yang boleh dimohon pelajar bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian sehingga tamat.

Pinjaman pendidikan yang ditawarkan PTPTN ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Oleh itu, para pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN boleh membuat permohoan secara online.

Permohonan Mengikut Kelompok

Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN akan dibuka mengikut 2 kelompok iaitu:

  • Permohonan Kelompok Pertama: 1 September 2021 sehingga 30 September 2021.
  • Permohonan Kelompok Kedua: 1 Oktober 2021 sehingga 30 Oktober 2021.

Kelayakan Pinjaman

Kelayakan Pinjaman Pendidikan PTPTN yang dimohon oleh pemohon adalah bergantung kepada perkara berikut:

Peringkat PinjamanKelayakan
MaksimumJika pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
75% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)
50% daripada pinjaman maksimumPendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BPR)

Jumlah Pinjaman

Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada pemohon adalah mengikut mod pengajian sama ada sepenuh masa atau separuh masa.

i) Pengajian Sepenuh Masa

ii) Pengajian Separuh Masa

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN.
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas.
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
  8. Telah membuka akaun Bank Islam dan SSPN-i/ SSPN-i Plus.

Cara Memohon

Pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi kali pertama, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  3. Klik butang ‘Bayar’ dan buat proses pembayaran.
  4. Selepas selepas membuat bayaran, pastikan menerima resit dan simpan resit tersebut untuk rujukan.
  5. Pemohon kemudiannya akan dibawa ke laman web permohonan online.
  6. Lengkapkan permohonan dan hantar permohonan apabila semua maklumat selesai diisi.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Pinjaman Pendidikan PTPTN, sila hubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kelas-bahasa-ppas

Kelas Bahasa PPAS: Belajar 12 Bahasa Serendah RM10 Setiap Kelas

Next Post
biasiswa-bantuan-kewangan-kpt

Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan KPT Yang Boleh Dipohon

Related Posts