Permohonan Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAIJ 2022

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah membuka permohonan kepada anak Johor yang sedang menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti di Jordan yang ingin memohon Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAIJ.

Untuk makluman, Qardhul Hassan bererti pnjaman ikhlas atau pinjaman yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan terhadap bayaran balik pinjaman tersebut.

Ini bermakna, Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAIJ adalah merupakan pinjaman pendidikan yang tidak melibatkan sebarang faedah atau syarat tambahan bagi bayaran balik pinjaman yang dilakukan.

Permohonan pinjaman pendidikan ini dibuka mulai 16 Februari 2022 hingga 15 Mac 2022 kepada pemohon yang berminat.

Kursus Yang Layak

Kursus yang layak untuk memohon pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau sekurangkurangnya 5 tahun berturut-turut.
  3. Pelajar tahun 1 yang mendapat 8A dalam SPM, dengan mendapat A dalam 4
  4. subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia dan Biologi; atau
  5. Pelajar yang berada di tahun kedua pengajian dengan mendapat keputusan Tahun
  6. Pertama sekurang-kurangnya Jayyid/Good dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  7. dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A.
  8. Universiti tersebut mestilah yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  9. Pelajar tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan menerusi pautan https://www.maij.gov.my/muat_turun/borang_bantuan/Borang_Permohonan_Skim_Dermasiswa_dan_Pinjaman_pelajaran.pdf.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Borang permohonan beserta dokumen sokongan yang telah lengkap perlu dihantar ke email [email protected]

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Sekeping gambar berukuran passport.
  2. Salinan kad pengenalan pelajar.
  3. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  4. Salinan Slip Gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga.
  5. Surat tawaran pengajian universiti.
  6. Salinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)*
  7. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  8. Salinan keputusan peperiksaan tahun semasa (terkini)
  9. Sijil-sijil keputusan peperiksaan yang disahkan.
  10. Pengesahan tahun pengajian oleh Atase Pendidikan Johor di Mesir atau Pejabat Education Malaysia Jordan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Baitulmal (Unit
Qardul Hassan-Pendidikan) MAIJ di talian 07-2222113/114
atau melalui email [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *