Permohonan Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAIJ 2023

Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mempelawa individu yang berminat memohon pinjaman  bagi pelajar-pelajar perubatan di universiti Mesir dan Jordan untuk memohon Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan MAIJ 2023.

Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan ini dibuka khusus kepada anak kelahiran Johor yang melanjutkan pengajian perubatan di universiti Mesir dan Jordan.

Bagi mereka yang berminat, permohonan hendaklah dihantar ke MAIJ sebelum atau pada 30 April 2023.

Kursus Layak Memohon

Kursus yang layak memohon pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  3. Pelajar tahun 1 yang mendapat 8A dalam SPM, dengan mendapat A dalam 4 subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia dan Biologi; atau
  4. Pelajar yang berada di tahun kedua pengajian dengan mendapat keputusan Tahun Pertama sekurang-kurangnya Jayyid/Good dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A.
  5. Universiti yang telah di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  6. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Tatacara Permohonan

Permohonan perlu dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://www.maij.gov.my/?portfolio=permohonan-pinjaman-pendidikan-qardul-hassan-majlis-agama-islam-negeri-johor-sesi-2023.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan lampiran sokongan yang diperlukan.
  4. Borang beserta lampiran sokongan yang telah lengkap boleh dihantar ke email [email protected].

Lampiran Sokongan

Lampiran sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Sekeping gambar berukuran passport.
  2. Salinan kad pengenalan pelajar.
  3. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
  4. Salinan Slip Gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga.
  5. Surat tawaran pengajian universiti.
  6. Salinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  7. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  8. Salinan keputusan peperiksaan tahun semasa (terkini)
  9. Sijil-sijil keputusan peperiksaan yang disahkan.
  10. Pengesahan tahun pengajian oleh Atase Pendidikan Johor di Mesir atau Pejabat Education Malaysia Jordan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Baitulmal (Unit Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan) MAIJ di talian 07-2222113/114 atau melayari laman web https://www.maij.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: