Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Islam Kedah 2024
Yayasan Islam Negeri Kedah mempelawa calon yang berkelayakan bagi memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pelajaran.
Permohonan ini dibuka kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah (Mesir & Jordan) di Universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Selain itu, permohonan juga boleh dibuat bagi pelajar Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) mengikut syarat kelayakkan yang telah ditetapkan.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai pinjaman pendidikan ini.
Mengenai Yayasan Islam Negeri Kedah
Yayasan Islam Negeri Kedah bermula dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk mengadakan satu kumpulan wang (tabung) biasiswa Pelajaran Ugama pada tahun 1965.
Oleh kerana pada masa itu telah ada Lembaga Biasiswa Negeri Kedah maka perjalanan tabung biasiswa untuk pelajaran Agama ditadbirkan di bawah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah sehinggalah pada 16 November 1975 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan penubuhan YINK.
Antara tujuan asal penubuhan yayasan ini adalah seperti berikut:
- Memberi dan atau mengatur supaya badan-badan lain memberi biasiswa, pinjaman atau bantuan-bantuan lain dalam bentuk kewangan atau pelajaran kepada penuntut Islam di negeri ini.
- Untuk memperbaiki dan menambahkan lagi kemajuan-kemajuan pelajaran kepada penuntut yang beragama Islam.
- Mengadakan dan menambahkan lagi kepada penuntut berugama Islam segala kemudahan pelajaran di dalam dan luar negeri Kedah.
- Memberi dan atau menguruskan pembayaran oleh lain-lain badan, biasiswa, pinjaman untuk pelajaran rendah, menengah dan tinggi.
Syarat Permohonan
Pemohon mestilah anak Negeri Kedah Darul Aman seperti takrif berikut :
- Beragama Islam
- Pemohon atau ibu bapa yang dilahirkan di Negeri Kedah Darul Aman; atau
- Pemohon atau ibu bapa lahir di luar Negeri Kedah dan telah bermastautin/menetap di Negeri Kedah melebihi dari sepuluh (10) tahun hendaklah mengemukakan surat pengesahan pemastautin daripada Pegawai Daerah/Penghulu Mukim bersama pengesahan Imam Kariah;
- Tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak;
- Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi (Mesir & Jordan) dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).
- Pemohon yang layak memohon adalah mengikut bidang pengajian/kursus yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Islam Negeri Kedah.
Bidang Pengajian & Syarat Kelayakan
Bidang pengajian dan syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian | Bidang | Jumlah Pinjaman Yang Dikeluarkan (Setahun) | Syarat Kelayakan |
IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI DI MESIR | Sains Kesihatan (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) | RM40,000.00 (Yuran) RM10,000.00 (Elaun Buku dan Sara hidup) | – Pelajar tahun 1 yang sedang dalam pengajiann layak memohon. – Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Kimia, Fizik dan Biologi. |
IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UniSHAMS) | Perubatan | RM50,000.00 | – Pelajar tahun 1 yang sedang dalam pengajian layak memohon. – Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Kimia, Fizik dan Biologi |
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DI MESIR | Pengajian Islam/ Bahasa Arab/Tahfiz Al Quran/Ulum Islamiah | RM8,000.00 | – Pelajar tahun 1 dan ke atas layak memohon (Pelajar yang masih di Markaz Bahasa tidak layak memohon) – Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam semua mata pelajaran berikut: Bahasa Malaysia, Bahasa Arab/Tinggi/ Komunikasi, Pendidikan Al Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah |
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM DI JORDAN | Pengajian Islam/Syariah & Undang-Undang | RM15,000.00 | – Pelajar tahun 1 dan ke atas layak memohon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam semua mata pelajaran berikut: Bahasa Malaysia, Bahasa Arab /Tinggi/ Komunikasi, Pendidikan Al Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah |
DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UniSHAMS) | Perakaunan | RM10,000.00 | – Pelajar tahun 1 dan ke atas layak memohon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran berikut: Mathematic/Additioal Mathematics -Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.30 pada peringkat Matrikulasi/Asasi. |
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://spmbnet.com/yinkpinjamanonline/.
Setiap permohonan perlulah dihantar sebelum atau pada 25 November 2024 beserta salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai Yayasan Islam Negeri Kedah ditalian 010-7945200 atau 04-7302709 (Bahagian Pendidikan YINK).
Baca juga: PBUDN: Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara Selangor Siri 2 2024