Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023

Anak-anak Negeri Perak yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT), anda dialu-alukan untuk memohon Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023.

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak diwujudkan bagi membantu anak-anak Negeri Perak yang sedang menyambung pengajian di IPT daripada peringkat Diploma sehingga Ijazah Kedoktoran dari sedgi bantuan pinjaman pendidikan.

Objektif kemudahan ini ditawarkan adalah untuk memberi kemudahan pinjaman pengajian tinggi kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke IPT yang ditaja dan menyumbang kepada modal insan dan ekonomi Negeri Perak.

Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian mulai 31 Januari 2022 sehingga 29 April 2022.

IPT Yang Ditaja

IPT yang termasuk dalam tajaan pinjaman pengajian ini adalah seperti berikut:

  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti di dalam negara dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak.
  • Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara:
    – Universiti di Mesir
    – Universiti di Jordan

Kursus Yang Ditaja

Kursus yang termasuk dalam penajaan pinjaman pengajian ini adalah seperti:

  • Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA
  • Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • IPT Luar Negara:
    – Universiti di Mesir: Bidang Perubatan dan Ulum Syariah.
    – Universiti di Jordan: Bidang Pengajian Islam.

Kadar Pinjaman

Kadar pinjaman yang ditawarkan menerusi pinjaman ini adalah mengikut peringkat pengajian:

  1. Diploma: RM5,000 setahun
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam negara:
    – Bidang Perubatan: RM 8,000 setahun
    – Bidang Sains: RM6,500 setahun
    – Bidang Sastera: RM6,000 setahun
  3. Ijazah Sarjana Muda luar negara:
    – Bidang Perubatan (Mesir): RM15,000
    – Ulum Syariah (Mesir): RM8,000
    – Bidang Pengajian Islam (Jordan): RM12,000
  4. Ijazah Sarjana (Master): RM10,000
  5. Ijazah Kedoktoran: RM15,000

Kadar Bayaran Balik

Kadar bayaran balik yang ditetapkan buat pemohon yang berjaya mendapatkan pinjaman pengajian ini adalah seperti berikut:

Jumlah PinjamanAnsuran Bulanan
RM0-RM10,000RM150
RM10,001-RM20,000RM200
RM20,001-RM30,000RM250
RM30,001-RM40,000RM300
RM40,001-RM50,000RM350
RM50,001-RM60,000RM400
RM60,001-RM70,000RM450
RM70,001-RM80,000RM500

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
  3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun.
  4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa.
  5. Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki 3 semester atau 1 setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima.
  6. Keutamaan diberikan kepada Golongan B40.
  7. Umur pemohon pada tahun semasa mestilah tidak melebihi 41 tahun.

Cara Memohon

Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://spptp.perak.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Di Sini’ untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Simpan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan ID pengguna dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan sehingga tamat.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023, sila layari laman web http://spptp.perak.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *