Pinjaman PTPTN M40 Naik Kepada 100%

Berita gembira untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada golongan M40 apabila pinjaman PTPTN mereka dinaikkan kepada 100%.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kenaikan pinjaman ini dibuat oleh kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung mahasiswa terutamanya dalam golongan M40.

Kenaikan Pinjaman Sebanyak 25%

Sebelum kenaikkan ini diumumkan, peminjam daripada golongan M40 hanya layak menerima pinjaman PTPTN sebanyak sahaja.

Kenaikan kadar pinjaman ini bermakna kadar pinjaman untuk golongan M40 dan juga B40 adalah sama iaitu sebanyak 100%.

Pinjaman Komputer Riba

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan untuk menyediakan kemudahan pinjaman laptop kepada peminjam PTPTN daripada golongan M40.

Inisiatif ini adalah untuk memastikan mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik menerusi komputer riba yang disediakan.

Jualan Murah Keluarga Malaysia Peringkat IPT

Satu lagi inisiatif yang diumumkan adalah Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan diadakan di setiap institut pengajian tinggi (IPT).

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mula dilaksanakan sebelum ini bermula pertengahan Ogos 2022 yang dilaksanakan di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bermula pertengahan Ogos 2022.

Kini, program ini diperluaskan di setiap IPT menangani isu peningkatan kos sara hidup dalam kalangan mahasiswa.

Program Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat IPT ini akan dijalankan mulai Oktober 2022, selepas mahasiswa kembali menyambung pengajian untuk semester baharu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1000502/pinjaman-ptptn-dinaikkan-100-peratus-bagi-m40-kategori-m1

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: