Permohonan Kemasukan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) 2023

Pelajar Orang Asli lepasan sekolah rendah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) bagi tahun 2023.

PIPOA merupakan pusat di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) yang memulakan operasi pentadbiran di Kuala Rompin pada 1 Januari 2011.

Matlamat utama penubuhan pusat ini adalah:

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah bersesuaian dengan falsafah pendidikan negara.
  • Menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan kemudahan yang selesa kepada pelajar Orang Asli.
  • Meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli di peringkat menengah.
  • Menambah bilangan cerdik pandai Orang Asli yang mendapat pendidikan yang berterusan.
  • Mengurangkan kadar keciciran.
  • Menampung keperluan peluang belajar yang lebih luas kepada pelajar masyarakat Orang Asli yang tidak mendapat tawaran dari sekolah berasrama penuh kerajaan.
  • Memenuhi keperluan program kemasyarakatan Orang Asli (program pendidikan).

Bagi pelajar Orang Asli yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 16 Februari 2023.

Lokasi Pusat

Lokasi pusat ini adalah di:

Pusat Intelek Pelajar Orang Asli,
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA),
KM1, Jalan Sabak,
26800 Kuala Rompin,
Pahang Darul Makmur.

Syarat Umum

Syarat umum bagi kemasukan ke pusat ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hanya mereka yang menepati takrifan di bawah seksyen 3 di dalam Akta 134, Akta Orang Asli 1954 yang layak memohon kemasukan ke PIPOA.
  3. Menandatangani borang persetujuan penerimaan dan borang perjanjian ibu bapa/penjaga dengan pengurusan asrama.
  4. Penempatan asrama dan sekolah ditetapkan JAKOA.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdE1FOFYGyt4g1F7kiwbeiavei3B1Zhpy9MQrSvP9oPNo3ZXA/viewform?fbclid=IwAR3bT3TQeS2XUHNrVAhm8OYb5pvTTgy5ZtNDPyS0MDu53BbqcDFZpMnt59g.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Semua maklumat hendaklah diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berhampiran atau menelefon di talian tertera untuk keterangan lanjut :-

  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor: 07-224 3901
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang: 09-515 6425
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak/Kedah: 05-254 0009
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan/Terengganu: 09-744 3488
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan/Melaka: 06-763 8815
  • Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan: 03-5519 0375
  • Pejabat Pusat Intelek Pelajar Orang Asli, Rompin Pahang: 09-414 5053
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: