PISMP 2025 & PPC: Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2025 dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) tahun 2025.
Berikut merupakan maklumat mengenai program ini dan cara untuk memohon.
Mengenai PISMP 2025 & PPC
Untuk makluman, PISMP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Manakala, PPC pula merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara.
Permohonan bagi program ini akan dibuka secara atas talian mulai 24 Februari 2024 sehingga 16 Mac 2025.

Tempoh Pengajian PISMP & PPC
Untuk PISMP, pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
Untuk PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.
Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun di IPG sebelum berkhidmat.
Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:
i) Sekolah Kebangsaan (SK)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sejarah Pendidikan Rendah
ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Bahasa Cina Pendidikan Rendah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Matematik Pendidikan Rendah
- Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
- Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
- Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
- Sejarah Pendidikan Rendah
iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
- Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Untuk PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Bidang Bahasa Arab (Lughah)
- Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)
- Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP atau PPC adalah seperti berikut:
i) PISMP
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima matapelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
– Bahasa Inggeris
– Sejarah. - Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).
ii) PPC
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2025 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2005.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lepasan SPM tahun 2024.
Pemohon Yang Layak Memohon
Pemohon yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
– (Tahun 2022/2023/2024) Calon SPM Tahun 2024 boleh memohon dan perlu mengemaskini bidang permohonan sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan. - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
– (Tahun 2023/2024) - Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
– (Tahun 2023/2024) - Program Matrikulasi
– (Sesi 2023/2024 & 2024/2025)
Calon Tidak Layak Memohon
Calon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:
- Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
- Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Tatacara Permohonan PISMP
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my mulai 24 Februari 2024 sehingga 16 Mac 2025
Selain itu, pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai PISMP 2025 dan PPC 2025, sila layari https://pismp.moe.gov.my atau menghubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.
Baca juga: Permohonan Bantuan Biasiswa Baitulmal Zakat Perak 2025