PISMP & PPC: Pengambilan Calon Guru Tajaan KPM 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan pengambilan calon guru tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) 2024.

Berikut merupakan maklumat mengenai program ini dan cara untuk memohon.

Mengenai PISMP & PPC 2024

Untuk makluman, PISMP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Manakala, PPC pula merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara.

Permohonan bagi program ini akan dibuka secara atas talian mulai 14 Mac 2024 sehingga 15 April 2024.

Tempoh Pengajian PISMP & PPC

Untuk PISMP, pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Untuk PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.

Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun di IPG sebelum berkhidmat.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Seni Visual Pendidikan
    Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Bahasa Cina Elektif: Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah Elektif : Pendidikan Jasmani
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah Elektif : Pendidikan Seni Visual

iv) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah

Untuk PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bidang Bahasa Arab (Lughah)
  • Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)
  • Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP atau PPC adalah seperti berikut:

i) PISMP

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima matapelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
    – Bahasa Melayu
    – Bahasa Inggeris
    – Sejarah.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
    pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).

iI) PPC

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lepasan SPM dalam 2023.

Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Tatacara Permohonan PISMP

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my mulai 14 Mac 2024 sehingga 15 April 2024.

Selain itu, pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PISMP dan PPC 2024, sila layari https://pismp.moe.gov.my atau menghubungi Institut Pendidikan Guru Malaysia di talian 03-8312 6720/6693/6731/6768/6719/6760.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: