PKSK: Permohonan Sekolah Khusus Ting 1 & 4 Sesi 2024/2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 bagi sesi 2024/2025 akan dibuka tidak lama lagi.
Untuk makluman, PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 17 September 2023 secara atas talian.
Kategori Sekolah Khusus
5 sekolah dikategorikan sebagai Sekolah Khusus oleh KPM iaitu:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
Format PKSK
Format PKSK yang digunakan oleh KPM bagi kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:
Perkara | Bahagian A (Kecerdasan Insaniah) | Bahagian B (Kecerdasan Intelek) | Bahagian C (Artikulasi Penulisan) |
Kaedah | Online | Online | Bertulis (Bersemuka) |
Jenis Item | Objektif Aneka Pilihan | Objektif Aneka Pilihan | Subjektif |
Cakupan Isi Kandungan | EQ, SQ, SSQ | IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah | Tajuk Ditetapkan |
Wajaran Skor | 20% | 70% | 10% |
Pelaksanaan PKSK
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi tersebut terbahagi kepada 2 fasa pelaksanaan.
Untuk fasa 1, calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.
Bagi fasa 2, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Adalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka memasukan Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025 iaitu:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon telah mendaftar dalam sistem Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.
- Untuk kemasukan Tingkatan 1 tahun 2024, murid Tahun 6 tahun 2023 mestilah:
– Berumur 12 tahun; atau
– Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012. - Bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2024, murid Tingkatan 3 tahun 2022 mestilah:
– Berumur 15 tahun; atau
– Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009.
Cara Memohon Kemasukan Sekolah Khusus
Pemohon yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Khusus boleh memohon melalui pautan di bawah:
- Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
Untuk mengekses ke dalam sistem, masukkan nombor mykid/mykad pelajar beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses ke dalam sistem.
Tarikh Penting PKSK
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
- Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 17 September 2023.
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemasukan Sekolah Khusus 2024/2025, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.