PLK-i PTPK: Pinjaman Latihan Kemahiran Tanpa Faedah 12 Bulan

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah melancarkan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) kepada semua peminjam PTPK.

Untuk makluman, PTPK merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memainkan peranan penting untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk memasuki program TVET menerusi bantuan pinjaman latihan kemahiran yang ditawarkan.

Pelaksanaan program pinjaman ini oleh PTPK adalah untuk mewujudkan teras pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia.

Pelaksanaan PLK-i ini akan menyokong agenda pendidikan TVET negara sebagai pilihan utama dalam pendidikan tinggi negara.

Pelaksanaan Program Pinjaman

Program pinjaman latihan yang dilancarkan tersebut akan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022 bagi fasa pertama.

Ini bermakna, PTPK tidak akan mengenakan apa-apa bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun pinjaman konvensional selama 12 bulan.

Ini sekali gus akan mengurangkan beban peminjam kerana peminjam tidak perlu membayar faedah pinjaman untuk 12 bulan pertama.

Pelaksanaan inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada remaja dan belia untuk memasuki program TVET dan akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan.

Pinjaman Untuk Semua

Untuk makluman juga, PLK-i tidak terhad kepada orang Islam sahaja bahkan turut dibuka kepada orang bukan Islam untuk mendapatkan inisiatif ini.

Ini bermakna, semua individu tanpa mengira kaum dan agama adalah layak untuk mendapatkan inisiatif ini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai inisiatif pinjaman latihan ini, sila layari laman web PTPK iaitu https://www.ptpk.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: