PLKN 3.0: Modul & Umur Yang Terlibat

Kerajaan bakal memperkenalkan semua Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menerusi pendekatan baharu iaitu PLKN 3.0.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan PLKN 3.0 tidak akan mengikut kerangka yang lama kerana PLKN pada waktu itu dilihat seperti kem musim panas.

Jemaah Menteri pada tahun 2021 telah meluluskan kajian semula cara baru untuk meneruskan semula PLKN kerana program ini dilihat ini amat baik untuk diberikan asas ketatanegaraan kepada belia di dalam negara.

Kos pelaksanaan PLKN 3.0 dicadangkan tidak melebihi RM100 juta setahun dan ianya lebih rendah berbanding lebih RM500 juta setahun pada pelaksanaanya sebelum ini.

Sejarah Pelaksanaan PLKN

Program ini mula dicetuskan pada 2002 dengan pembentukan Jabatan Latihan Khidmat Negara.

Kemudiannya, program ini dimulakan pada 2004 sebelum ditangguhkan pelaksanaannya pernah ditangguhkan pada 2015. dan

Ia diperkenalkan semula pada 2016 namun telah dimansuhkan pada 2018 apabila kerajaan persekutuan diambil alih oleh Pakatan Harapan.

Dalam dua siri PLKN sebelum ini, program ini dilaksanakan dengan menggunakan 4 modul iaitu:

  • Modul Fizikal
  • Modul Kenegaraan
  • Modul Pembinaan Karakter
  • Modul Khidmat Komuniti

Pelatih-pelatih adalah terdiri daripada lepasan SPM yang akan ditempatkan di kem latihan setiap negeri dan daerah yang telah ditetapkan.

Modul PLKN 3.0

Pelaksanaan PLKN 3.0 akan merangkumi dua fasa yang mana fasa pertama membabitkan penyertaan pelajar tingkatan empat yang berlangsung di sekolah menerusi penyertaan mereka dalam badan beruniform.

Fasa kedua adalah mereka yang selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akan dilatih dengan latihan disiplin dan ketenteraan selama 45 hari sahaja.

Dalam 45 hari latihan, 90 peratus daripada modul adalah untuk latihan sebagai anggota tentera dan 10 peratus latihan kewarganegaraan.

Mereka akan ditempatkan di Pusat Latihan Askar Wataniah sebanyak 13 di seluruh negara serta Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dapat menampung latihan untuk satu tahun sekurang-kurangnya 4,000 orang.

Selepas pelatih menamatkan latihannya, pelatih akan diberi peluang untuk menyertai badan uniform seperti tentera dan polis.

Umur Yang Terlibat

Mereka yang terlibat bagi program ini adalah remaja yang lahir pada tahun 2007 sekiranya program itu dilaksanakan semula bermula tahun 2024.

Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan sehingga umur 35 tahun.

Ini sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.

Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0

Tarikh pelaksanaan program ini belum lagi ditetapkan oleh pihak kerajaan kerana ia perlu diperhalusi oleh 1 jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pertahanan sebelum pelaksanaannya boleh dimulakan.

Info Lanjut PLKN 3.0

Info lanjut mengenai PLKN 3.0, sila layari laman web MINDEF iaitu https://mod.gov.my/ms/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: