plkpk

PLKPK Kolej Pertanian Malaysia: Elaun Sehingga RM300 Sebulan

Individu yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang pertanian dialu-alukan memohon Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) di Kolej Pertanian Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Untuk makluman, PLKPK diwujudkan pada 24 Julai 2002 selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.

Pelaksanaan program ini berteraskan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS) dengan peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (National skill Development [email protected]).

Oleh itu, bagi individu yang berminat bagi melanjutkan pengajian program ini, kemasukan bagi sesi September 2022 telah dibuka.

Objektif Program

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mencapai beberapa objektif berikut:

  • Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
  • Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Keistimewaan Program

Pemohon yang melanjutkan pengajian dalam program ini bakal menerima beberapa keistimewaan seperti berikut:

  • Elaun RM200 hingga RM300 sebulan.
  • Makan dan minum disediakan.
  • Penginapan dan kemudahan pembelajaran yang kondusif.
  • Pusat bertauliah seluruh negara bidang tanaman.

Bidang Yang Ditawarkan

Bidang yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Tanaman
  • Ternakan Ruminan
  • Akuakultur Ternakan Air Tawar
  • Teknologi Perikanan Tangkapan
  • Pemprosesan Makanan
  • Pemasaran

Syarat Permohonan

Syarat permohonan kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 18 hingga 25 tahun pada tarikh pendaftaran.
  3. Memiliki (lulus) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  4. Boleh membaca, mengira dan menulis.
  5. Sihat tubuh badan.
  6. Bagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf juga boleh memohon dan akan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langlah berikut:

  1. Layari laman web permohonan https://atpis.mafi.gov.my/V4/online/application/.
  2. Masukkan no kad pengenalan, kategori permohonan dan pilih pusat temu duga diikuti dengan butang ‘Seterusnya.’
  3. Masukkan maklumat peribadi, ibu bapa, perhubungan kecemasan, akademik, dan pengakuan pemohon.
  4. Hantar permohonan jika kesemua maklumat tersebut telah diisi.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai PLKPK, sila hubungi Dr Syamsiah di talian 03-8870 1677 atau Mohd Aizol di talian 03-8870 1702 atau melayari laman web https://www.mafi.gov.my/blkp untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top