PM Umum ESH Pelajar Tajaan MARA Dalam & Luar Negara Dinaikkan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kenaikan Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dinaikkan untuk pelajar dalam dan luar negara.

Pengumuman tersebut dibuat ketika berucap di Majlis Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Feisol Hassan-Halle German Malaysian Institute hari ini.

Kenaikan kadar ESH ini akan memberikan manfaat kepada 62,998 pelajar tajaan MARA sama ada pelajar di dalam dan luar negara.

Langkah ini adalah sebahagian daripada keperihatinan kerajaan dan MARA yang serius dalam agenda pemerkasaan Bumiputera terutama kepada pelajar akan menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.

Sebab Kenaikan ESH

Kenaikan kadar ESH kepada pelajar dalam dan luar negara ini wajar selepas kadar elaun sedia ada telah diguna pakai sejak lebih 13 tahun dan terdapat keperluan untuk disemak semula.

Semakan semula ini adalah kerana peningkatan kos sara hidup dalam negara sejak 10 tahun lalu, yang diburukkan lagi oleh pandemik dan isu-isu lain yang melanda dunia.

Jumlah Kenaikan

Jumlah kenaikan yang diumumkan adalah seperti berikut:

  • Untuk pelajar dalam negara, pelaksanaan kadar ESH baharu bagi dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan untuk bidang pengajian bermula daripada peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional.
  • Untuk pelajar luar negara pula, ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan sehingga maksimum RM7,600 sebulan bermula daripada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sehingga peringkat Doktor Falsafah dan peringkat profesional.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/09/10/pm-umum-kenaikan-elaun-sara-hidup-pelajar-tajaan-mara/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: