Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 Pondok Darul Iman 23/24

Yayasan Islam Terengganu mengalu-alukan permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 untuk Pondok Darul Iman bagi sesi 2023/2024.

Pondok Darul Iman merupakan sebuah institusi pengajian yang ditadbir urus dibawah Yayasan Islam Terengganu.

Institusi ini mengguna pakai sistem pengajian sekolah menengah sebagaimana sistem sekolah menengah yang lain dan dalam masa yang sama turut menerapkan konsep pengajian pondok moden yang memberi penekanan terhadap pengajian al-quran dan kitab-kitab islam bagi melahirkan generasi yang celik dari segi akademik dan juga rohani.

Bagi permohonan yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 9 Februari 2023.

Penempatan Pelajar

Penempatan pelajar mengikut jantina adalah seperti berikut:

  • Pelajar Lelaki: Pondok Darul Iman (Banin) Kg Pelandan Tersat, Hulu Terengganu.
  • Pelajar Perempuan: Pondok Darul Iman (Banat) Kg Saujana, Setiu.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Pengajaran dan pembelajaran dalam bidang agama dan akademik.
  • Mewajibkan pelajar menduduki peperiksaan syahadah tsanawiyah (sijil pondok).
  • Penginapan pelajar disediakan.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk memasuki institusi ini adalah seperti berikut:

  1. Warga Negeri Terengganu yang berumur 13 tahun pada tahun 2023.
  2. Memperoleh sekurang-kurangnya 3A dalam peperiksaan UPKK.
  3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  4. Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.
  5. Lulus temuduga yang dilaksanakan.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web berikut https://yit.gov.my/index.php/component/k2/item/54.
  2. Klik butang ‘Klik Sini Untuk Mohon.’
  3. Klik butang ‘Mohon Sekarang.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Hantar Permohonan.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemasukan ke institusi ini, layari laman web https://yit.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: