Permohonan Ting 4 Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP 2025
Bagi mereka yang bakal ke Tingkatan 4 pada tahun 2025, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bagi kemasukan ke Pondok Moden Al-‘Abaqirah.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke pondok moden ini.
Mengenai Pondok Moden Al-‘Abaqirah
Penubuhan pondok moden ini telah dicetuskan oleh Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil. 1/2015 pada 23 Mac 2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta.
Tujuan utama pondok moden ini diwujudkan adalah untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi.
Pondok moden ini telah mula beroperasi secara rasminya pada 16 Ogos 2015 di Bangunan Darul Hidayah, Kg. Baru dengan jumlah bilangan pelajar seramai 44 orang.
Pada 2 Februari 2016, pondok moden ini menerima kemasukan pelajar kali ke-2 seramai 108 orang.
Bagi menampung bilangan pelajar yang meningkat pondok moden ini telah berpindah ke Bangunan Kompleks Darul Kifayah di Koperasi Polis, Fasa 2 Batu Caves, Kuala Lumpur.
Kemudahan Yang Disediakan
Pondok moden ini berkonsepkan sekolah berasrama penuh yang menyediakan kemudahan seperti berikut:
- Kelas pengajian yang kondusif.
- Kemudahan asrama yang lengkap.
- Perpustakaan untuk rujukan para pelajar.
- Kemudahan dewan serbaguna untuk aktiviti pelajar
- Surau Jumaat yang memuatkan 750 orang jemaah.
Sistem Pengajian Yang Digunakan
Pengajian di pondok moden ini mempunyai 8 semester dalam tempoh pengajian 4 tahun yang mana jadual pengajian bermula seawal 5.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Pondok moden ini menggunakan 4 kurikulum utama iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Turath Arabi, Turath Jawi dan Hafazan Al-Quran.
Antara kitab pengajian yang digunapakai adalah seperti berikut:
1. Turath Arabi
- Al-Hikam Wa Al-Amthal
- Al-Insya’ Wa Al-Imla’
- Durus Al-Lughah Al- Arabiyyah
- Matan Al-Ajrumiyyah
- Matan Al-Bina’
- Al-Ba’ith Al-Hasis
- Mulakhos Qawa’id Al-Lughoh Al-Arabiyyah
- Al-Warakat
- Tafsir Al-Jalalain
- Matan Abi Syuja’
- Mukhtashor Ibn Abi Jamrah
- Nuzhah Al-Nazor
- Aqidah Al-Nawwam
- Manzumah Baiquniah
2. Turath Jawi
- Matan Al-Arba’in Al-Nawawiyyah
- Hidayah Al-Salikin
- Bidayatul Hidayah (Akhlak)
- Ayyuhal Walad
- Tuhfah Al-Sibyan
- Bidayatul Hidayah (Tauhid)
- Riyadhussolihin
- Tanbih Al-Ghafilin
- Muniyatul Musholli
- Sairus Salikin
- Bahrul Mazi
- Furu Al-Masail
- Penawar Bagi Hati
- Pelita Penuntut
Syarat Pengambilan
Syarat pengambilan ke pondok moden ini adalah ianya terbuka kepada lepasan pelajar tingkatan 4.
Antara syarat berikut adalah:
- Lelaki warganegara Malaysia.
- Keutamaan bagi asnaf yang bermustautin atau menetap di Wilayah Persekutuan.
- Berusia 16 tahun (Tingkatan 4).
- Cemerlang dalam akademik (Bahasa Arab dan Pendidikan Islam TP4) atau menghafaz minimum 15 juzuk Al-Quran (institusi tahfiz) atau menghafaz minumum Matan Ajrumiah dan Matan Bina’ ATAU menghafaz Matan Arba’in Imam al-Nawawi (institusi pondok).
- Berminat mempelajari kitab-kitab Turath (Arab, Jawi dan Hadis).
- Berakhlak mulia dan aktif dalam kokurikulum.
- Lulus pemukiman temu duga.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://pma.maiwp.gov.my/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alabaqirah
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Pondok Moden Al-‘Abaqirah, sila layari laman web https://www.maiwp.gov.my/.
Baca juga: Kemasukan Maktab Mahmud & Maahad Tahfiz Darul Aman 2025