Portal Rumah Sewa Siswa (RSS): Laman Web Cari Kediaman Siswa IPT

Portal Rumah Sewa Siswa (RSS) merupakan laman web yang diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memudahcara usaha pelajar mencari dan mendapatkan kediaman (rumah/bilik) sewa di sekitar kampus.

Kewujudan portal ini menunjukkan KPR sentiasa peka dan mengambil berat keperluan semasa pelajar, terutamanya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar luar kampus terpelihara.

Penyenaraian kediaman di dalam Portal ini dilaksanakan oleh pegawai UA sendiri yang bertanggungjawab meneliti dan memastikan kediaman yang dikenalpasti adalah kondusif bagi penginapan pelajar dari aspek kadar sewaan, fasiliti yang disediakan dan keselamatan lokaliti premis.

Pendaftaran Pelajar Melalui RSS

Sehingga 19 September 2022, seramai lebih 29,000 orang pelajar dari seluruh negara telah berdaftar bagi pencarian rumah sewa menerusi Portal RSS.

Selain itu juga, KPT juga akan terus memantau pentadbiran Portal RSS bagi memastikan lebih banyak premis untuk penyewaan tersenarai dengan kadar mampu milik bagi memenuhi keperluan pelajar menginap di luar kampus terutamanya bagi persediaan kemasukan Semester Akademik 1, Tahun 2022/2023 nanti.

Peranan UPLK

Di samping itu, KPT juga ingin menyarankan agar pihak UA menerusi Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus (UPLK) terus menyantuni pelajar yang berkeperluan mendapatkan penginapan di luar kampus agar sebarang cabaran yang dihadapi mereka dapat sentiasa dibantu dan dipermudahkan.

Bagi pihak pelajar pula, mereka juga dinasihatkan sentiasa berhubung dengan pihak UPLK di UA masing-masing bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam pencarian rumah, hal ehwal kontrak sewaan dan perundingan yang berkaitan.

Tatacara Untuk Mendaftar

Untuk mendaftar bagi pencarian rumah sewa menerusi Portal RSS, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/.
  2. Klik butang “Daftar.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar.”
  4. Log masuk portal terbabit.
  5. Di bahagian “Cari Rumah Sewa,” taip lokasi dan klik “Cari.”
  6. Senarai kediaman dipaparkan.
  7. Pilih kediaman yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Rumah Sewa Siswa (RSS), sila layari laman web https://www.mohe.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: