Login Portal UniKL: Portal Pelajar & Kakitangan Rasmi UniKL

Bagi pelajar dan kakitangan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) adalah perlu untuk mengetahui tatacara bagi untuk memasuki atau login Portal UniKL.
Portal ini merupakan portal yang dibangunkan oleh pihak UniKL khusus bagi memudahkan pelajar dan kakitangan untuk mendapatkan perkhidmatan di universiti terbabit.
Pengenalan UniKL
UniKL adalah universiti terkemuka dalam teknologi kejuruteraan yang ditubuhkan pada 20 Ogos 2002 dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Universiti ini juga mempunyai 13 buah cawangan dengan menawarkan pelbagai program asas, diploma, sarjana dan pascasiswazah.
Cawangan UniKL di seluruh negara adalah seperti berikut:
- Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute
- Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute
- Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology
- Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute
- Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology
- Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology
- Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology
- Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak
- Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute
- Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology
- Universiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology
- Universiti Kuala Lumpur Business School
- Institute of Postgraduate Studies Universiti Kuala Lumpur City Campus
Mengenai Portal UniKL
Portal ini merupakan portal bersifat One Stop Centre untuk kakitangan dan pelajar yang dibangunkan oleh UniKL.
Di dalam portal ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan antaranya:
- e-Learning
- Student Portal
- Staff Portal
- eCITIE.
Menerusi perkhidmatan ini, pelajar dan kakitangan boleh mengakses perkhidmatan tersebut menerusi portal ini dengan mudah hanya menggunakan komputer dan telefon bimbit bila-bila masa dan di mana juga mereka berada.
Menariknya, portal ini menggunakan sistem Single Sign On (SSO) yang membolehkan pengguna log masuk hanya sekali untuk mengakses pelbagai sistem atau kemudahan yang disediakan.
Sistem ini diwujudkan untuk memudahkan pengguna mengakses berbagai perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak universiti.
Cara Login Portal UniKL (Kali Pertama)
Untuk pengguna kali pertama bagi pelajar, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://cas.unikl.edu.my/.
- Di bahagian login, di bahagian username, masukkan ID Pelajar.
- Untuk password, sila masukkan kata laluan dengan memasukkan no kad pengenalan tanpa ‘-‘.
- Kemudian, pengguna secara automatik akan dikehendaki menukar kata laluan baharu pada log masuk pertama.
- Untuk kata laluan, aksara minimum untuk kata laluan ialah 8, dan aksara maksimum ialah 12. Bagi pelajar antarabangsa, kata laluan anda adalah nombor pasport.
Bagi pengguna kali pertama untuk kakitangan, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://cas.unikl.edu.my/.
- Di bahagian login, di bahagian username, masukkan ID Kakitangan.
- Untuk password, sila masukkan kata laluan dengan memasukkan no kad pengenalan tanpa ‘-‘.
- Kemudian, pengguna secara automatik akan dikehendaki menukar kata laluan baharu pada log masuk pertama.
- Untuk kata laluan, aksara minimum untuk kata laluan ialah 8, dan aksara maksimum ialah 12. Bagi pelajar antarabangsa, kata laluan anda adalah nombor pasport.
Menukar Kata Laluan
Untuk pengguna yang berhasrat untuk menukar kata laluan, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman web https://cas.unikl.edu.my/.
- Klik bahagian ‘Change Password?’
- Masukkan username, password terkini dan password baharu.
- Klik butang ‘Change.’
- Kata laluan sudah ditukar.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Portal UniKL, sila layari laman web https://www.unikl.edu.my.
Baca juga: UFUTURE UiTM: Portal Kandungan Pembelajaran Secara Online