Muat Turun Poster Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

Bagi mereka yang ingin mendapatkan poster Selamat Hari Raya Aidilfitri, berikut merupakan beberapa poster yang boleh dimuat turun.
Info mengenai hari raya ini juga boleh dilihat menerusi penerangan di bawah.
Maksud Selamat Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.
Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, merupakan hari raya bagi kesucian manusia.
Ia juga disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita dan kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia khususnya.
Umat Islam seharusnya menyambut hari raya ini dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT di samping memenuhi masjid-masjid pada malam dan pagi hari raya dengan memuji Allah SWT dan bermaaf-maafan mengakui salah silap dan kelemahan diri.
Selain itu, mereka juga dituntut menziarahi bagi meraikan golongan fakir miskin dan muallaf pada hari tersebut.
Penentuan Hari Raya Aidilfitri
Hari raya ini ditentukan melalui dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan).
Rukyah atau melihat anak bulan pada petang 29hb hijrah bagi menentukan sama ada keesokan harinya 30hb atau 1hb.
Jika anak bulan kelihatan di ufuk selepas matahari terbenam maka keesokan harinya dikira awal bulan baharu tetapi sekiranya tidak kelihatan maka bulan tersebut digenapkan menjadi 30hb.
Di Malaysia dan negara MABIMS, sekiranya anak bulan tidak kelihatan berdasarkan kaedah rukyah maka kaedah Imkanul Rukyah akan digunakan bagi menentukan keesokan harinya 30 hb atau 1 hb.
Kaedah Imkanul Rukyah adalah berdasarkan kepada kriteria berikut:
- Umur anak bulan melebihi 8 jam ijtimak (bumi, bulan dan matahari berada segarisan).
- Ketinggian anak bulan di ufuk selepas matahari terbenam sekurangnya 2 darjah.
- Jarak Lengkung di antara pusat matahari dengan pusat bulan sekurang kurangnya 3 darjah. Sekiranya anak bulan pada petang 29hb memenuhi kriteria Imkanul Rukyah maka keesokan harinya dikira sebagai awal bulan baru dan bulan tersebut menjadi 29 hb sahaja.
Adab Pada Hari Raya
Antara adab-adab pada hari raya ialah:
- Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain.
- Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
- Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.
- Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.
- Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain.
- Selepas matahari terbit, makruh bagi imam bersolat sunat sebelum solat hari raya, manakala tidak makruh bagi orang lain melakukannya.
Poster Hari Raya Aidilfitri 2025
Poster hari raya ini boleh dimuat turun selepas di bawah:
Sumber: https://canselori.umt.edu.my/pengertian-hari-kemenangan-hari-raya-aidilfitri/
Baca juga: Bantuan Universiti Awam/Luar Negara Yayasan LTAT 2025