Permohonan PPALS: Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM MAIK

Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) kini mengalu-alukan pelajar-pelajar asnaf yang melanjutkan pengajiaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM (PPALS).

PPALS merupakan program utamabagi Unit Tajaan Pendidikan MAIK yang melibatkan pembiayaan dan penajaan pelajar-pelajar asnaf negeri Kelantan melanjutkan pengajiaan ke IPT yang terpilih sejak tahun 2012.

Program ini terbahagi kepada 2 program iaitu:

  • Program Biasiswa Perintis Luar Negara (BPLN) MAIK
  • Program Biasiswa Professional Perakaunan (BPP) MAIK

Permohonan telah dibuka bermula April secara atas talian dan tarikh tutup dimaklumkan nanti.

Mengenai BPLN MAIK

BPLN MAIK ialah program penajaan kepada pelajar asnaf di Negeri Kelantan bagi mengikuti pengajian di peringkat ljazah Pertama di United Kingdom.

Menerusi penajaan ini, pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan (A-Level) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat ljazah Pertama di negara berkenaan.

Mengenai BPP MAIK

BPP MAIK merupakan program biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan professional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

Objektif lain program ini adalah membantu meningkatkan bilangan professional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari Negeri Kelantan.

Syarat Umum

Syarat umum permohonan bagi program tersebut adalah seperti berikut:

i) BPLN MAIK

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Kelantan.
  2. Terdiri daripada asnaf yang layak menerima zakat.
  3. Melepas had kifayah yang ditetapkan oleh MAIK.
  4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja yang lain.
  5. Mempunyai kesihatan yang baik.
  6. Mendapat sekurang-kurangnya SPM 9A dan ke atas.

ii) BPP MAIK

  1. Pemohon merupakan Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Kelantan.
  2. Terbuka kepada semua lepasan SPM.
  3. Terdiri daripada asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melepas had kifayah yang ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja yang lain.
  6. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon yang ingin memohon BPLN MAIK perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu mengikuti pengajian A-Level selama 2 tahun dan bagi Ijazah Luar Negara, syarat khusus adalah berdasarkan bidang dan surat tawaran.

Untuk permohonan BPP MAIK, syarat khusus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Lulus Certified Accounting Technician (CAT)/ACCA Foundation in Accountacy (ACCA FIA) atau lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan minimum PNGK 3.00.
  2. Maksimum pengajian terhad kepada 4 tahun sahaja.
  3. Denda akan dikenakan ke atas pelajar sekiranya didapati gagal menepati syarat yang ditetapkan oleh MAIK.

Cara Memohon

Pemohon boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal permohonan iaitu http://eagihan.e-maik.my/.
  2. Pilih jenis bantuan dan isi no kad pengenalan dengan lengkap.
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Isi jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’
  5. Lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan.
  6. Ikuti arahan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Semak dan hantar permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PPALS, sila layari laman web MAIK iaitu https://www.e-maik.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: