Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat Fasa 2 2022

Pelajar yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan memerlukan pembiayaan pendidikan, Bank Rakyat telah membuka tawaran bagi mendapatkan Pembiayaan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 bagi tahun 2022.

Tujuan utama PPBU dilaksanakan adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan bantuan pembiayaan untuk menerima pendidikan di IPTA atau IPTS tempatan dan Institut Latihan dalam negara secara sepenuh masa.

Pembiayaan ini ditawarkan kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di IPT dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 1 Julai 2022 sehingga 12 Ogos 2022 secara atas talian.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian yang layak untuk memohon pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Sijil Kemahiran
  • Diploma Kemahiran
  • Diploma

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:

Peringkat PengajianJumlah Pembiayaan
Sijil KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400 sebulan)
Diploma KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 sebulan)
DiplomaMaksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000)

Kursus Yang Layak

Pembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus perubatan dan penerbangan.

Keutamaan permohonan akan diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, kursus yang layak adalah dalam semua bidang pengajian.

Untuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), institusi mereka perlulah diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) manakala bagi sijil kemahiran lain pula diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Pembayaran Balik

Bayaran balik pembiayaan ini adalah bergantung berpada CGPA terakhir yang diperoleh pelajar.

Menariknya, pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas tidak perlu membuat pembayaran balik.

CGPADiskaunPeratusan Pembayaran Balik
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
  2. Perlajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.

Tatacara Memohon

Untuk membuat permohonan, tatacara permohonan boleh dirujuk menerusi gambar di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan PPBU, sila layari laman web https://yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/ppbu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *