Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat (Sarjana Muda)

Yayasan Bank Rakyat akan membuka tawaran bagi pelajar memerlukan pembiayaan pendidikan menerusi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2024.

Berikut adalah maklumat dan info permohonan pembiayaan ini.

Mengenai PPBU

Pembiayaan ini merupakan pembiayaan boleh ubah yang bermaksud pelajar perlu membayar semua pembiayaan yang diberikan mengikut prestasi mereka di dalam pelajaran.

Tujuan utama Yayasan Bank Rakyat memperkenalkan pembiayaan ini adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan bantuan pembiayaan untuk menerima pendidikan di IPTA atau IPTS tempatan dan Institut Latihan dalam negara secara sepenuh masa.

Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di IPT dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).

Untuk pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat mulai 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2024.

Bidang Yang Diberi Keutamaan

Pembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus perubatan dan penerbangan.

Keutamaan permohonan akan diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-Undang
  • Sains Aktuari

Pembayaran Balik

Bayaran balik pembiayaan ini adalah bergantung berpada CGPA terakhir yang diperoleh pelajar.

Menariknya, pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas tidak perlu membuat pembayaran balik.

CGPAPeratusan Bayaran BalikInsentif
3.50-4.000%100%
3.33-3.4910%90%
3.00-3.3220%80%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7470%30%
<2.49100%0

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  3. TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  4. Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  5. Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  6. KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR KELUARGA B40.

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.
  3. Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.
  4. Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  5. Umur tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
  6. Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.
  7. Pemohon mestilah memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  8. Tempoh pengajian 4 tahun/8 Semester.
  9. Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500) (Yuran dan Elaun).

Cara Memohon

Cara membuat permohonan boleh dilihat menerusi gambar di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan PPBU, sila layari laman web https://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/

Baca juga: Permohonan Pembiayaan Pendidikan Sifar Ujrah 2024

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: