PPF2 2025: Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan bagi individu yang ingin memohon Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM (PPF2) 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program khas ini.
Mengenai PPF2
PPF2 ini ditawarkan kepada pelajar yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di dalam negara dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi yang telah mendapat pengiktirafan penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan telah diiktiraf oleh Badan Profesional berkaitan iaitu Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia.
Penajaan program khas ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Universiti Awam (UA) melalui saluran perdana sahaja.
Pinjaman Boleh Ubah
Pinjaman boleh ubah ini terpakai dalam keadaan berikut:
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Senarai Universiti
Pelajar universiti berikut layak memohon iaitu:
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine,
- Perak (UniKL-RCMP)
- UCSI University
- Taylor’s University
- Management & Science University (MSU)
- International Medical University (IMU)
- Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed)
- Monash University Malaysia
Syarat Umum
Syarat umum untuk memohon penajan program khas ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
- Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
- Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:
- Pelajar hendaklah mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 8A dengan perincian keputusan mengikut subjek seperti berikut:
– Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam enam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu;
b) Matematik;
c) Matematik Tambahan;
d) Fizik;
e) Kimia;
f) Biologi;
dan
– Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam dua mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Sejarah - Memulakan pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember tahun penawaran biasa; dan
- Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.
Cara Memohon
Permohonan dibuka secara dalam talian iaitu https://penajaan.jpa.gov.my mulai 28 April 2025 sehingga 11 Mei 2025.
Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan serta hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) melalui Sistem ePermohonan.
Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai PPF2, sila layari laman web https://penajaan.jpa.gov.my.
Baca juga: PKJM 2025: Permohonan Program Khas JPA-MARA