PPKP JPA 2022: Program Penajaan Kumpulan Pelaksana

Pegawai Kumpulan Pelaksana (perkhidmatan awam persekutuan) yang berminat untuk mendapatkan penajaan untuk melanjutkan pengajian dialu-alukan memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) 2022 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

PPKP adalah program penajaan pengajian bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam perkhidmatan awam persekutuan untuk mengikuti pengajian sama ada peringkat Ijazah Pertama, Diploma, Diploma Kemahiran, atau Sijil Kemahiran Malaysia.

Penjawat awam yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 31 Oktober 2022 secara atas talian.

Senarai IPTA & Politeknik

Pemohon yang menyambung pengajian di IPTA atau politeknik berikut layak untuk memohon iaitu:

i) IPTA

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  11. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  15. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  16. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  18. Universiti Teknikal Melaka (UTeM)
  19. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  20. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  21. Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) (Sepenuh Masa sahaja)

ii) Politeknik

  1. Politeknik Ungku Omar (PUO)
  2. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
  3. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
  4. Politeknik Kota Bharu (PKB)
  5. Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
  6. Politeknik Port Dickson (PPD)
  7. Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
  8. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  9. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
  10. Politeknik Seberang Perai (PSP)
  11. Politeknik Melaka (PMK)
  12. Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
  13. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
  14. Politeknik Merlimau (PMM)
  15. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  16. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
  17. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
  18. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
  19. Politeknik Muadzam Shah (PMS)
  20. Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
  21. Politeknik Balik Pulau (PBU)
  22. Politeknik Jeli (PJK)
  23. Politeknik Nilai (PNS)
  24. Politeknik Banting (PBS)
  25. Politeknik Mersing (PMJ)
  26. Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
  27. Politeknik Sandakan (PSS)
  28. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
  29. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)
  30. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)
  31. Politeknik METrO Betong (PMBS)
  32. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)
  33. Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)
  34. Politeknik Besut (PBT)
  35. Politeknik Bagan Datuk (PBD)
  36. Politeknik Tawau (PTS)

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon PPKP adalah seperti berikut:

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  3. Pemohon telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini.
  4. Mencapai markah minimum LNPT 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (2019, 2020 & 2021) dalam skim perkhidmatan terkini.
  5. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  6. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK atau politeknik/universiti awam yang dipersetujui JPA;
  7. Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.
  8. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana/ pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada seperti berikut:
    – Tempoh kursus 12 bulan: Tempoh menunggu 2 tahun.
    – Tempoh kursus lebih dari 3 bulan, kurang dari 12 bulan: Tempoh menunggu 1 tahun.
  9. Permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
  10. Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/dakwaan mahkamah.
  11. Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain.
  12. Pemohon telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.
  13. Pemohon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik.
  14. Calon tidak mendapat penajaan/biasiswa/pinjaman dari badan-badan lain bagi kursus yang dimohon.

Syarat Khusus

Pemohon juga tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

i) Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia

  1. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pemohon memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  3. Pemohon mengikuti kursus/latihan kemahiran dalam tempoh:
    – Sijil Kemahiran Malaysia: 6 hingga 24 bulan
    – Diploma Kemahiran Malaysia : 24 hingga 36 bulan
  4. Kursus ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
  5. Pemohon memiliki kelulusan di peringkat sijil dalam bidang yang sama dengan kursus yang dimohon (mengikut Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)) – bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia sahaja.
  6. Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

ii) Diploma

  1. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pemohon memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
  3. Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA.
  4. Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

iii) Ijazah Pertama

  1. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pemohon memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah atau kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang telah disetarakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kepada SPM.
  3. Pemohon memiliki kelulusan sama ada Diploma/Diploma TVET/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ALevel.
  4. Pemohon memperoleh skor bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya Band 2.
  5. Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA.
  6. Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

Tatacara Permohonan

Permohonan PPKP boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan https://esilav2.jpa.gov.my/.
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ bagi pendaftaran kali pertama.
  3. Masukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan dan pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai PPKP, sila hubungi Unit Pembangunan Latihan Dalam Perkhidmatan ditalian 03-8885 3468/3518/3359/3421/3440 atau email ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: