Program Sekolah Model Khas KPM: Kemasukan 2026

Permohonan kemasukan ke Program Sekolah Model Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2026 telah dibuka.
Berikut merupakan maklumat dan info mengenai program ini.

Mengenai Program Sekolah Model Khas KPM
Program Sekolah Model Khas ini adalah sebuah program sekolah yang menggabungkan pelajar luar bandar yang berpotensi dan cemerlang bermula dari tahun empat hingga tingkatan lima.
Sekolah ini bukan sekolah berasrama penuh namun pengambilan pelajarnya akan diawasi dan dihadkan kepada pelajar yang berpotensi dan cemerlang serta menyediakan guru-guru yang lebih berwibawa manakala pengetuanya pulamempunyai rekod yang cemerlang.
Projek penubuhan sekolah ini bermula dengan pemilihan sekolah yang sedia ada dengan menambah keupayaan dan kemudahan seperti makmal sains, asrama, bilik darjah dan rumah guru supaya dapat menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di sesebuah daerah.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan ke program sekolah ini adalah pada 1-30 Oktober 2025.
Senarai Sekolah Model Khas
Terdapat 10 buah sekolah ini di seluruh negara dan senarai sekolah tersebut adalah seperti berikut:
- SMK Chalok, Setiu, Terengganu
- SMK Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang
- SMK Bukit Jenun Pendang, Kedah
- SMK Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan
- SMK Redang Panjang, Perak
- SMK Baling, Kedah
- SMK Sri Pekan, Pahang
- SMK Sri Bentong, Pahang
- SMK Seri Tualang, Bentong, Pahang
- SMK Clifford, Pahang.
Keistimewaan Sekolah Model Khas
Keistimewaan sekolah ini adalah seperti berikut:
- Keutamaan kepada keluarga B40
- Layak ke Tingkatan 1 secara automatik selepas tamat tahun 6
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Murid mestilah:
– Tahun 3 2025; atau
– Tahun 4 2025; atau
– Tahun 5 2025
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui pautan permohonan iaitu https://shorturl.at/BHwkY.
Kemudian, pemohon dikehendaki klik sekolah yang disenaraikan untuk meneruskan permohonan.
Tarikh Penting
Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:
- Hebahan: 29 September 2025
- Permohonan: 1 sehingga 30 Oktober 2025
- Ujian Saringan: 10 sehingga 19 Oktober 2025
- Keputusan/Tawaran: 26 Disember 2025
- Rayuan: 27 Disember 2025 sehingga 3 Januari 2026
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berhubung program sekolah ini, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.
Baca juga: Permohonan Kemasukan Politeknik & Kolej Komuniti 2025/2026



