Permohonan Kemasukan Program Anak PERMATA Negara 2026

Permohonan untuk menyertai Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara seluruh Malaysia bagi tahun 2026 telah dibuka.
Bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk memohon, sila lengkapkan borang permohonan dan dihantar ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang dimohon.
Mengenai Program Anak PERMATA Negara
Program Anak Permata Negara merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada.
Program ini diadaptasi dari konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England yang mana anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
Kurikulum di PAPN akan disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yangsesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.
PERMATA juga mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti.
Ini bagi membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri, bijak bergaul dan juga untuk pembangunan modal insan yang cemerlang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala sosial apabila mereka dewasa.

Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka 1 Julai 2025 sehingga 30 September 2025.
Keistimewaan Program
Keistimewaan program ini adalah seperti berikut:
- Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
- Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan yang lengkap dan pendidikan awal yang holistik.
- Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
- Menekankan konsep 3E iaitu Exploring (meneroka), Experimenting (membuat eksperimen) dan Experiencing (mengalami).
- Menekankan kolaborasi diantara ibu bapa, pendidik dan anak melalui penglibatan ibu bapa di PAPN.

Syarat Permohonan
Ibu bapa yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia (anak);
- Berumur 4 tahun dan ke bawah;
- Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah; dan
- Anak sihat tubuh badan.

Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://tinyurl.com/PAPN2026.
- Scan atau klik di pautan di negeri yang ingin dimohon.
- Isi borang permohonan yang diperlukan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan:
– Salinan Sijil Kelahiran Anak.
– Salinan Rekod Imunisasi Anak
– Salinan slip gaji/ penyata gaji terkini ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh majikan atau surat perakuan pendapatan bekerja sendiri/ tidak bekerja ibu bapa/ penjaga yang disahkan oleh Ketua Kampung/ Penghulu/ Penggawa/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Ahli Parlimen / Pesuruhjaya Sumpah. - Hantar borang permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03-8880 5151 (Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia).
Baca juga: i-BiTA 2025: Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke IPT P. Pinang



