Permohonan Program Bantuan IPTA Yayasan LTAT 2022
Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah membuka permohonan bagi anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sedang berkhidmat dan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk memohon Program Bantuan IPTA 2022.
Untuk makluman, Yayasan LTAT ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad.
Objektif utama penubuhan yayasan ini ialah untuk mengumpulkan dana dari kalangan Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT untuk ditawarkan sebagai biasiswa atau bantuan pelajaran kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan yang telah bersara yang mencapai kejayaan cemerlang di dalam pengajian mereka.
Salah satu bantuan pelajaran yang ditawarkan ialah Program Bantuan IPTA 2022 yang disasarkan kepada anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan telah mendapat tawaran pengajian di IPTA bagi sesi 2021/2022.
Permohonan bagi program bantuan ini telah dibuka dan para pemohon yang berminat boleh memohon sebelum tarikh tutup iaitu 28 Februari 2022.
Syarat Permohonan
Pemohon yang ingin membuat permohonan program ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2021/2022.
- Program pengajian Ijazah Pertama sepenuh masa.
- Tamat Pengajian SPM/SPMV atau Asasi/Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon.
- Berumur tidak melebihi 21 tahun.
- Bukan di kalangan pemegang Diploma/Diploma yang ditawarkan Program Penerapan/Trek Pantas ke peringkat Ijazah pertama.
- Permohonan dari anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat sahaja.
Penyaluran Bantuan
Pihat Yayasan LTAT memaklumkan pembayaran dermasiswa akan dikreditkan terus
ke dalam akaun SSPN-i PTPTN pemohon yang berjaya.
Bantuan dermasiswa ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima daripada Syarikat Kumpulan LTAT.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan program bantuan IPTA ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun bantuan permohonan di pautan https://www.ltat.org.my/wp-content/uploads/2021/12/Borang-Permohonan-Program-Bantuan-IPTA-2022-update-v2.pdf.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada alamat berikut:
Markas Angkatan Tentera Malaysia,
Bahagian Perkhidmatan Anggota,
Jabatan Arah Pendidikan,
Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur,
UP: Sel Pendidikan Am.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- 2 salinan Kad Pengenalan pemohon.
- 2 salinan penyata akaun SSPN-i PTPTN pemohon (jika ada).
- 2 salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan.
- 2 salinan resit bayaran/transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti.
- 2 salinan Slip Keputusan SPM/SPMV.
- 2 salinan Transkrip Akademik Asasi/Matrikulasi/Slip keputusan STPM.
- 2 salinan My Tentera ibu/bapa atau penjaga.
- Jika pemohon ialah anak Angkat/anak tiri, hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.yayasanltat.org.my/.