Bagi penerima Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS bagi ahli 2016, sesi serahan bantuan akan dilaksanakan di pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS mengikut tarikh yang ditetapkan.
Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS merupakan program bantuan persekolahan yang disalurkan kepada anak Selangor yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Untuk makluman, YAWAS merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (Pemerbadanan) yang telah ditubuhkan pada 5 Februari 2009.
Selain program ini, YAWAS turut bertanggungjawab menguruskan bantuan lain seperti Jom Shopping Perayaan, Skim Mesra Usia Emas, Bantuan Ibu Tunggal dan I-Workfare.
Tarikh & Lokasi Serahan
Tarikh dan lokasi serahan program bantuan ini adalah seperti berikut:
Lokasi | Tarikh | Masa |
Pejabat YAWAS Shah Alam | 27 November 2022 (Ahad) | 10.00 pagi hingga 5.00 petang |
Pejabat DUN Sungai Panjang (Tertakluk kepada pindaan semasa) | 26 November 2022 – 27 November 2022 (Sabtu-Ahad) | 10.00 pagi hingga 4.30 petang |
Pejabat YAWAS Shah Alam | 4 Disember 2022 (Ahad) | 10.00 pagi hingga 5.00 petang |
Pejabat YAWAS Shah Alam | 11 Disember 2022 (Ahad) | 10.00 pagi hingga 5.00 petang |
Pejabat YAWAS Shah Alam | 18 Disember 2022 (Ahad) | 10.00 pagi hingga 5.00 petang |
Pejabat DUN Melawati (Tertakluk kepada pindaan semasa) | 23-24 Disember 2022 (Jumaat-Sabtu) | 10.00 pagi hingga 4.30 petang |
Cara Mendaftar
Pendaftaran untuk mengambil serahan bantuan ini adalah seperti berikut:
- Muat turun aplikasi YAWAS atau daftar melalui laman web https://rms.yawas.my/Member
- Klik log masuk.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan.
Pemakluman Penyerahan
Pemakluman serahan akan diberikan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan diberi secara berperingkat kepada ibubapa/penjaga ahli bermula November 2022.
Jika ibu/bapa tidak terima menerima sebarang SMS, ibubapa/penjaga boleh terus datang ke pejabat YAWAS untuk mengambil bantuan ahli TAWAS kelahiran 2016.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Masuk Sekolah TAWAS, sila layari laman web https://rms.yawas.my/.