Permohonan Program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas

Pelajar yang sedang menyambung pengajian bagi Ijazah Pertama dalam Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara boleh mendapatkan biasiswa menerusi Program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas.

Cagamas Berhad (Cagamas), Perbadanan Cagaran Malaysia adalah institusi yang telah ditubuhkan pada tahun 1986 untuk menggalakkan pemilikan rumah dan memajukan pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.

Institusi ini berperanan menerbitkan bon dan sukuk korporat untuk membiayai pembelian pinjaman perumahan daripada para pemberi pinjaman utama.

Namun, institusi ini juga menawarkan biasiswa bagi anak-anak muda Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Bagi pelajar yang berminat, permohonan boleh dibuat secara online sehingga 22 Julai 2022 dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Perincian Biasiswa

Secara umumnya, program biasiswa ini akan membiayai semua yuran dan elaun sehingga RM20,000 setahun untuk pelajar yang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama sehingga 4 tahun di dalam negara merangkumi:

  • Bantuan kewangan sehingga RM10,000 setahun bagi yuran pengajian dan yuran-yuran lain termasuk yuran asrama, atau kos sebenar, yang mana lebih rendah.
  • Bantuan kewangan sehingga RM2,000 setiap semester bagi elaun alat bantuan pembelajaran termasuk buku, komputer, alat tulis dan peralatan lain atau sehingga RM4,000 setahun.
  • Bantuan kewangan sehingga RM6,000 setahun bagi elaun sara hidup atau RM500 sebulan.
  • Program Induksi: Program induksi akan diberikan kepada semua penerima Anugerah Biasiswa Cagamas untuk memastikan para penerima biasiswa memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai Cagamas.
  • Mentoring: Setiap penerima biasiswa Cagamas akan diberikan seorang “mentor” daripada Kumpulan Pengurusan Kanan dan Kumpulan Pengurusan yang terpilih untuk menyediakan bimbingan yang konsisten dan berterusan sepanjang tempoh pengajian. Ini bagi memastikan bahawa para penerima biasiswa mempunyai sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman mentor mereka.

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang layak memohon program biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Pentadbiran Perniagaan
  • Kewangan/Kewangan Islam
  • Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  • Ekonomi/Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  • Statistik
  • Matematik
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang/Undang-undang Shariah
  • Sains Komputer/Teknologi Informasi
  • Sumber Manusia
  • Pengurusan Risiko
  • Bidang Berasaskan Teknologi yang berkaitan dengan Industri Kewangan

Senarai IPT Layak Memohon

Pelajar yang menyambung pengajian di IPT di bawah layak untuk memohon:

i) Universiti Awam

  1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  2. Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  6. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  7. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  8. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  10. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  11. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  15. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  16. Universiti Sains Malaysia (USM)

ii) IPTS

  1. Multimedia University (MMU)
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) 
  4. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  5. Universiti Selangor (UNISEL)
  6. Tunku Abdul Rahman University College (TARC)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi permohonan program biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar mestilah warganegara Malaysia berusia di bawah 25 tahun.
  2. Gabungan jumlah pendapatan isi rumah maksima tidak melebihi RM4,000.00.
  3. Pelajar mestilah mempunyai keputusan akademik yang baik dalam SPM/STPM atau setaraf (dengan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).
  4. Pelajar sepenuh masa dan telah mendapat kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, yang telah diluluskan dan diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), di sebuah kolej atau universiti di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Cagamas;
  5. Tidak berada dalam kedudukan untuk mengambil kursus tanpa bantuan kewangan.
  6. Tidak menerima apa-apa biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan.
  7. Tidak ditamatkan atau tidak lagi menerima sebarang biasiswa atau bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, disebabkan tindakan tatatertib terhadap pemohon.
  8. Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika mereka memenuhi kriteria kelayakan, bidang pengajian khusus dan senarai kolej atau universiti yang diluluskan oleh Cagamas.

Pemberhentian Biasiswa

Pemberhentian biasiswa akan dibuat sekiranya berlaku perkara berikut:

  1. Tidak dapat meneruskan pengajian atas sebab apa pun.
  2. Gagal mencapai 3.00 bagi Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dalam mana- mana semester.
  3. Gagal untuk mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan dalam tempoh percubaan; atau
  4. Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa Cagamas.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web biasiswa iaitu https://scholarship.cagamas.com.my/bm.
  2. Klik butang “Daftar.”
  3. Isi maklumat pendaftaran dan klik butang “Submit.”
  4. Log masuk dengan memasukkan emel dan kata laluan.
  5. Isi dan lengkapkan permohonan seterusnya.

Keterangan Lanjut

Keterangan lanjut mengenai Program Biasiswa Ijazah Pertama Cagamas, layari laman web https://scholarship.cagamas.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: