Salah satu biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta ialah Program Biasiswa Sarjana Muda daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Untuk pengetahuan, PIDM ialah agensi kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2005 bagi melindungi deposit orang ramai di bank serta manfaat takaful dan insurans anda sekiranya berlaku kegagalan sesebuah institusi ahli.
Selain daripada fungsi utama tersebut, PIDM turut mempunyai program biasiswa yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian ke IPT.
Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 22 April 2022 jam 11.59 malam.
Bentuk Biasiswa
Secara umumnya, pelajar yang layak menerima program biasiswa ini akan memperoleh pembiayaan sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu meliputi yuran dan elaun.
Secara spesifiknya, pelajar akan menerima pembiayaan dan juga menjalani program seperti berikut:
- Pembiayaan sehingga RM20,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah.
- Pembiayaan sehingga RM2,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun.
- Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan;
- Program Mentor dan Bimbingan: Penerima biasiswa akan mendapat sokongan daripada mentor yang terdiri daripada kalangan tenaga kerja PIDM dan alumni penerima biasiswa yang akan memberi bimbingan dan memantau perkembangan penerima biasiswa secara berterusan sepanjang tempoh program. Penerima biasiswa akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman kumpulan mentor ini.
- Program Latihan Praktikal: Penuntut mungkin ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk menerima program biasiswa ini adalah seperti berikut:
- Perakaunan
- Perbankan
- Pentadbiran Perniagaan
- Kewangan
- Perniagaan Antarabangsa
- Perbankan Islam
- Perbankan dan Pengurusan Kewangan
- Sains Komputer/Teknologi Maklumat
- Ekonomi
- Ekonomi Kewangan Antarabangsa
- Statistik
- Sains Aktuari
- Undang-undang/Undang-undang Syariah
- Pengurusan Sumber Manusia/Pembangunan Sumber Manusia
- Matematik (Aktuari)
- Pengurusan Risiko dan Insurans
- Insurans
- Komunikasi
Institut Pengajian Tinggi
Pelajar di IPT berikut layak untuk membuat permohonan iaitu:
i) Institut Pengajian Tinggi Awam
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
ii) Institut Pengajian Tinggi Swasta
- Multimedia University (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC)
- University Kuala Lumpur
- Monash University Malaysia
- Taylor’s university
- Sunway University
- The University of Nottingham Malaysia Campus (UNM)
- UCSI University
- Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU)
- Management and Science University (MSU)
- Curtin University Malaysia
- Swinburne University of Technology Sarawak Campus
- SEGI university
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pelajar yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Pelajar merupakan warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2022).
- Permohonan terbuka hanya kepada pemohon yang sudah melengkapkan kursus Pra-Universiti atau sedang dalam semester terakhir kursus Pra-Universiti.
- Pemohon hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM (minimum 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan STPM atau setara dengan A-Levels (minimum 2A). Sekiranya anda tiada keputusan STPM atau A-Levels, anda harus mempunyai keputusan peperiksaan Pra-Universiti (seperti asasi, matrikulasi atau diploma) dengan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (“PNGK”) sebanyak 3.50 dan ke atas.
- Pemohon merupakan seorang penuntut sepenuh masa atau sedang menunggu tawaran kemasukan ke mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang berkaitan dengan PIDM yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (“LAN”), dalam kolej atau universiti yang diluluskan oleh PIDM.
- Pemohon tidak dapat meneruskan pengajian sekiranya tanpa bantuan kewangan.
- Pemohon tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan lain daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan lain.
- Pemohon tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan dari mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin ke atas pemohon.
- Hanya universiti terkemuka seperti yang disenaraikan oleh Quacquarelli Symonds World University Rankings (“QS”) dan Times Higher Education Rankings (“THE”) akan diberi pertimbangan.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan merujuk kepada langkah-langkah berikut:
- Layari laman web iaitu https://www.pidm.gov.my/my/lagi/program-biasiswa-sarjana-muda.
- Klik butang ‘Daftar Di Sini’ dan klik butang ‘Yes.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Create Account.’
- Masukkan username dan password yang didaftarkan diikuti dengan butang ‘Sign In.’
- Buat permohonan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Keterangan Lanjut
Keterangan lanjut mengenai Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM boleh dirujuk melalui pautan https://www.pidm.gov.my/my/lagi/program-biasiswa-sarjana-muda.