BZP: Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2023

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menawarkan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK khusus kepada pelajar anak Negeri Kelantan yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.

Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di IPTA atau IPTS sama ada di semester pertama dan seterusnya.

Tujuan utama program biasiswa ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di IPT Dalam Negara.

Permohonan telah dibuka sehingga 22 April 2023 dan pelajar yang berminat boleh membuat permohonan segera.

Bidang Pengajian

Program biasiswa ini tidak terhad kepada mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat kepada para pelajar.

Namun, bidang perubatan tidak menjadi keutamaan untuk melayakkan bagi mendapatkan program biasiswa ini.

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi memohon program biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.
  2. Merupakan warga negara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  3. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  4. Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  6. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  7. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana- mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA).

Syarat Khusus

Selain itu, syarat khusus bagi permohonan program ini adalah bergantung kepada peringkat pengajian:

i) Sijil Kemahiran

  1. SKM yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2; atau
  2. Sijil Kemahiran lain perlu sekurang- kurangnya lulus SPM.

ii) Diploma

  1. PNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya; atau
  2. Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.

iii) Ijazah Sarjana Muda

  1. PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya; atau
  2. Diploma PNGK 3.5 ke atas; atau
  3. STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas; atau
  4. STAM yang setara dengan STPM; atau
  5. Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon program biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Layari portal permohonan iaitu http://eagihan.e-maik.my/.
  2. Pilih jenis bantuan dan masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  4. Masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’
  5. Lengkapkan permohonan dengan lengkap.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan Surat Beranak dan Kad Pengenalan pemohon/pasport (sekiranya berkaitan).
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/penjaga.
  3. Surat Beranak/Mykid/ Kad Pengenalan tanggungan ibu bapa/penjaga.
  4. Slip gaji/pencen/surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga (jika tidak bekerja/bekerja sendiri).
  5. Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM/keputusan peperiksaan terakhir (bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  6. Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (SKM/Diploma/ Ijazah Dalam Negara)/ Surat Pengesahan pengajian terkini.
  7. Salinan sijil-sijil kegiatan luar/ko kurikulum.
  8. Salinan sijil-sijil yang berkaitan.
  9. Salinan penyata akaun bank.
  10. Borang pengesahan maklumat pemohon.

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, sila hubungi 09-7421519 atau menghantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: