dermasiswa-pengajian-asasi-sastera

Kolaborasi JHEV ATM & UNIRAZAK: Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera

Menerusi kolaborasi antara Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), inisiatif istimewa kepada anak-anak veteran ATM ditawarkan iaitu Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera.

Program dermasiswa ini diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada Pahlawan-Pahlawan negara yang telah mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia.

Tawaran program dermasiswa ini ditawarkan kepada anak-anak veteran ATM lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2021/2022.

Anak-anak veteran ATM yang layak boleh membuat permohonan segera secara atas talian.

Perincian Tajaan

Program dermasiswa ini merangkumi tajaan penuh yuran pengajian selama 1 tahun oleh UNIRAZAK.

Ini merangkumi pengetahuan asas mengenai pelbagai bidang di dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Peringkat Pengajian

Peringkat pengajian adalah bagi program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan pengajian di peringkat lebih tinggi di UNIRAZAK atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kelak.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang melayakkan pemohon mendapatkan program dermasiswa ini adalah seperti:

  1. Lepasan SPM: Lulus SPM/SPMV dengan keputusan minimum 5 kredit.
  2. Lepasan O-Level: Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 Subjek.
  3. Kelayakan Lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK, keputusan Percubaan SPM juga diterima pakai bagi kemasukan ini.

Cara Mendaftar

Pendaftaran boleh dibuat menerusi panduan permohonan berikut:

  1. Layari laman web berikut https://unirazak.edu.my/jhev-atm/ untuk memohon.
  2. Klik butang ‘Daftar Dermasiswa Sekarang.’
  3. Isi maklumat diri dan maklumkan kepada pihak universiti melalui kotak mesej untuk memohon Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera bagi anak-anak veteran tentera.
  4. Klik butang ‘Hantar.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera ini, sila layari laman web https://unirazak.edu.my/jhev-atm/.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top