Program Dermasiswa TVET Pelajar B40

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan Program Dermasiswa TVET Pelajar B40 yang akan dijalankan pada tahun ini.

Program Dermasiswa TVET Pelajar B40 ini disediakan untuk pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebagai permulaan, pengambilan pertama program ini akan membabitkan 1,000 pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Progam ini dijangka akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.

Matlamat Kerajaan

Kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 55% lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam program TVET menjelang 2025, seperti yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Oleh kerana itu, bagi menggalakkan pelajar memilih pengajian TVET, sebanyak 80% penyedia TVET awam menawarkan program TVET secara percuma.

Proses Penawaran

Proses penawaran dibuat kepada pelajar yang layak dan ditawarkana tempat pengajian menerusi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di IPT masing-masing.

Tempoh Penajaan

Tempoh penajaan yang ditawarkan adalah selama 3 tahun kepada pelajar peringkat Diploma dan 4 tahun bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Khas

Syarat khas yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Memperoleh SPM pada tahun semasa bagi pengajian ke peringkat Diploma.
  2. Memperoleh Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf pada tahun semasa bagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa TVET Pelajar B40, sila layari laman web KPT iaitu https://www.mohe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: