Untuk para guru di Malaysia, Yayasan PETRONAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menerusi Pusat STEM Negara (PSN) telah membuka pendaftaran untuk para guru menyertai Program Duta Guru Kohort 4.
Program ini adalah program yang dijalankan selama tempoh 2 tahun yang bertujuan untuk memperkasakan seramai 4,500 orang guru teladan yang kompeten dan komited untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai asas sebuah negara berdaya saing menjelang 2030.
Pada ketika ini, program ini telah mempunyai seramai 576 orang peserta merentasi 3 kohort dan seramai 116 orang daripada mereka telah menamatkan program dan diisytiharkan sebagai Duta Guru.
Permohonan dibuka kepada guru-guru sekolah menengah rendah dalam bidang STEM dan untuk kohort 4, permohonan program ini telah dibuka mulai 2 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022 secara atas talian.
Tugas Duta Guru
Sebagai Duta Guru yang terpilih, mereka akan:
- Menjadi guru inspirasi kepada murid dan rakan pendidik.
- Meningkatkan minat murid dalam KBAT dan bidang STEM.
- Menyumbang ke arah aspirasi 60:40 murid dalam STEM.
- Menjadi pemimpin STEM di dalam kelas dan komuniti.
Cara Mendaftar
Pendaftaran bagi program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari pautan pendaftaran iaitu https://bit.ly/pdgkohort4.
- Baca arahan pendaftaran.
- Isi maklumat yang diperlukan iaitu:
– Maklumat Peribadi
– Maklumat Sekolah
– Penskoran Standard 4 SKPMg2: PdPc
– Penilaian Esei – Mengandungi 3 soalan Esei dan 1 soalan pilihan
– Rujukan
– Maklum Balas Pengalaman Permohonan Kohort 4
Sesi Info
Para guru boleh mendengar sesi info yang akan diadakan pada:
- 13 Ogos 2022, 3:00PM – 4:30PM: Pengenalan ke Program Duta Guru
- 27 Ogos 2022, 3:00PM – 4:30PM: Bengkel Permohonan Peserta Program Duta Guru Kohort 4
- 10 September 2022, 3:00PM – 4:30PM: Perjalanan Selepas Menamatkan Program Duta Guru
- 22 September 2022, 3:00PM – 4:30PM: Peranan anda dalam Memberikan Sokongan kepada Peserta Program Duta Guru di Sekolah Anda (sesuai bagi pentadbir sekolah dan juga pegawai PPD)
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hantar email ke alamat [email protected].