Program eStart Belia: e-Skim Transaksi Tanpa Tunai RM150 One-Off

Dalam Belanjawan 2022, salah satu bantuan lain yang diumumkan khas kepada para belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia ialah Program eStart iaitu e-skim transaksi tanpa tunai kepada para belia dan pelajar IPT di Malaysia.

Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, pelaksanaan program ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta daripada pihak kerajaan.

Program ini dijangka akan memanfaatkan seramai 2 juta belia di seluruh negara yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar IPT tempatan yang menyambung pengajian mereka secara sepenuh masa.

Tujuan pelaksanaan Program eStart ini adalah untuk meringankan beban kewangan dan juga menggalakkan perbelanjaan harian secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada setiap belia dan pelajar yang layak adalah sebanyak RM150 seorang secara one-off dalam bentuk kredit e-tunai.

Sasaran Bantuan

Sasaran bantuan Program eStart ini adalah kepada 2 kategori utama iaitu:

  • Belia berumum 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022.
  • Pelajar IPT tempatan sepenuh masa.

Syarikat e-Dompet Yang Terlibat

Kementerian Kewangan setakat ini belum mengumumkan syarikat e-dompet yang terlibat dalam pelaksanaan program ini.

Namun, syarikat e-dompet yang telah terlibat dalam pelaksanaan bantuan seumpama ini sebelum ini adalah seperti:

  • Boost
  • Touch n Go eWallet
  • Grab Pay
  • BigPay

Cara Memohon

Setakat ini, pihak kementerian belum mengumumkan lagi cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan program ini.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program eStart ini, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/ms/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: