program-genius-negara

Permohonan Program GENIUS Negara 2023 Untuk Anak Hingga 4 Tahun

Ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak menyertai Program GENIUS Negara 2023 di Pusat Anak GENIUS Negara seluruh negara, permohonan bagi menyertai program ini telah dibuka.

Program GENIUS Negara adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang menyasarkan keutamaan diberikan kepada anak-anak daripada keluarga yang tergolong dalam kumpulan B40 bermula 0 hingga 4 tahun.

Menerusi program ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan konsep belajar sambil bermain dengan menggunakan kurikulum yang bersepadu dan lengkap.

Oleh itu, ibu bapa yang berminat untuk memohon boleh membuat permohonan mulai 1 Jun 2022 sehingga 30 September 2022.

Keistimewaan Program

Keistimewaan yang akan dinikmati kanak-kanak yang menyertai program ini adalah seperti berikut:

  • Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  • Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami¬†(Exploring, Experimenting and Experiencing).

Senarai Pusat Anak GENIUS Negara

Senarai Pusat Anak GENIUS Negara di seluruh negara boleh dirujuk melalui dokumen di bawah:

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi ibu bapa yang ingin memohon kemasukan anak-anak mereka ke program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia (anak).
  2. Berumur 4 tahun ke bawah.
  3. Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM4,000.

Tatacara Permohonan

Permohonan bagi program ini boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan berikut https://bit.ly/permohonanPAGN.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pusat Anak GENIUS Negara yang dipohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Surat Beranak.
  2. Salinan MyKid anak.
  3. Salinan buku kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin).
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan.
  5. Salinan pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan.
  6. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga (sekiranya bekerja sendiri).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program GENIUS Negara 2023, sila hubungi 03-8880 5151.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top