Individu yang ingin mendapatkan peluang latihan kerjaya di Bank Negara Malaysia (BNM) selama 18 bulan dan ditawarkan pekerjaan tetap di institusi tersebut, permohonan Program Graduan Kijang telah dibuka.
Program Graduan Kijang adalah program yang bertujuan memberikan pendedahan unik kepada graduan mengenai peranan BNM yang pelbagai dalam membangunkan negara.
Menerusi program ini, graduan akan diberikan latihan di BNM dan berpeluang mendapatkan pengalaman pekerjaan sebelum diberi pekerjaan tetap.
Para graduan yang berminat boleh membuat permohonan kepada BNM sebelum 14 Februari 2022.
Aliran Program
Program ini menawarkan dua aliran program kepada para graduan iaitu:
- Graduan Penganalisis.
- Graduan Penganalisis Digital.
Graduan Penganalisis
Aliran Graduan Penganalisis memberikan pengalaman kepada graduan tentang tugasan di perbankan pusat.
Graduan akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan iaitu:
- Sektor Kestabilan Monetari
- Sektor Kestabilan Kewangan
- Sektor Pengurusan Korporat
Graduan Penganalisis Digital
Aliran Graduan Penganalisis Digital memberikan pendedahan kerja kepada graduan kepada infrastruktur teknologi bank pusat dan daya tahan IT dalam sektor kewangan.
Graduan akan diberikan giliran tugas dalam tiga pasukan Digital Bank untuk tempoh 18 bulan bagi membolehkan mereka meraih pengalaman yang mendalam dalam tugasan strategi dan operasi digital risiko IT serta penyeliaan dan tugasan sains data.
Syarat Permohonan
Graduan yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar sedang belajar atau memiliki kelayakan akademik yang berikut:
– Dijangka mencapai, atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka; atau
– Dijangka mencapai, atau telah mencapai, skor purata sebanyak 65 dalam semua kertas peperiksaan, dengan ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka. - Sudah mendapat keputusan akhir pada 1 Mac 2022 untuk kemasukan awal April atau 1 September 2022 untuk kemasukan hujung September.
- Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://www.bnm.gov.my/kgp.
- Klik butang ‘Apply Now.’
- Pemohon dibawa ke paparan lain dan klik butang ‘Apply Now’ berwarna hijau.
- Klik bahagian ‘Register.’
- Masukkan maklumat peribadi dan klik butang ‘Register.’
- Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
- Setelah berjaya, sila lengkapkan permohonan sehingga tamat.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program Graduan Kijang boleh dirujuk melalui laman web https://www.bnm.gov.my/kgp.