Program Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2021 Felcra Berhad

FELCRA Berhad telah membuka permohonan Program Insentif Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk anak staf, anak atau cucu peserta, anak tiri atau anak angkat yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Program Insentif Pelajar Cemerlang SPM ini diberikan bagi menghargai anak warga dan peserta FELCA yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2021 dan berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.

Pemberian insentif ini diharap dapat memberikan galakan kepada lebih ramai anak warga dan peserta FELCRA untuk cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Permohonan telah dibuka dan tarikh akhir permohonan adalah pada 18 Ogos 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan untuk pemohon yang ingin memohon program insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Anak staf, anak atau cucu peserta, anak tiri atau anak angkat yang telah didaftarkan.
  2. Kelayakan kepada lepasan SPM 2021 yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.
  3. Permohonan perlu dibuat secara atas talian.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Klik pautan permohonan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1hUamx3pdnNV-aCxaLpyBpa8VAilaIa4A-IDiug81ouzF2w/viewform.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan program insentif ini.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam permohonan tersebut adalah seperti:

  1. Salinan slip keputusan SPM 2021.
  2. Salinan surat tawaran ke IPT.
  3. Salinan resit/bukti bayaran yuran pengajian.
  4. Salinan Surat Pendaftaran Anak Angkat (jika berkaitan).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi Pejabat Kawasan FELCRA yang berhampiran atau Bahagian Informasi Peserta dan Data, Ibu Pejabat FELCRA Berhad iaitu 03-41455000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: