JKPJ JPA: Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman 2023

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 dialu-alukan memohon penajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Program Khas Jepun, Korea,
Perancis dan Jerman (JKPJ) 2023.

Program Khas JKPJ ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Menerusi program khas ini, pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Permohonan program khas ini dibuka mulai 12 Jun 2023 dan ditutup pada 16 Jun 2023.

Bentuk Penajaan JKPJ JPA (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Bentuk penajaan ini adalah Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  • Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Struktur Pengajian

Struktur pengajian bagi pelajar yang menerima penajaan ini adalah seperti berikut:

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon penajaan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat pertama kali.
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Syarat Khusus

Syarat khusus yang ditetapkan untuk penajaan ini adalah seperti:

JKPJ JPA (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)
JKPJ JPA (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Tatacara Memohon JKPJ 2023

Pemohon boleh membuat permohonan yang dibuka secara dalam talian (online) di pautan http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 12 Jun 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 16 Jun 2023 (Jumaat), 11.59 malam.

Pemohon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan dan hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak slip pengesahan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Jangkaan Keputusan JKPJ JPA (Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman)

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 4 Ogos 2023 (Jumaat).

Pemohon yang tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Program Khas JKPJ 2023, sila hubungi talian 03-8885 3297 atau menghantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: