Pengambilan Kursus Program Kemahiran Hidup MAIK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membuka pengambilan Kursus Program Kemahiran Hidup MAIK untuk kemasukan Januari sehingga Ogos 2023.

Program Kemahiran Hidup MAIK ini adalah program yang memberikan peluang kepada orang ramai yang ingin mempelejari kursus kemahiran yang ditaja oleh MAIK.

Bagi kemasukan Januari sehingga Ogos 2023, pelatih akan memulakan program kemahiran ini pada 1 Januari 2023.

Bagi orang ramai yang berminat, orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan mulai 1 November sehingga 30 November 2022.

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan di dalam program ini adalah seperti berikut:

  • Kursus Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita
  • Kursus Sulaman (Wanita Sahaja)
  • Kursus Automotif (Membaiki Motosikal – Lelaki Sahaja)

Jumlah Pelatih

Jumlah pelatih yang akan diambil melalui program ini adalah:

  • Jahitan: 25 orang
  • Sulaman: 10 orang
  • Automotif: 10 orang

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia, peranakan Kelantan yang berumur antara 18 hingga 25 tahun pada tarikh kursus bermula.
  2. Bujang.
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya serta berkebolehan membaca dan menulis dengan baik.
  4. Beragama Islam dan hendaklah terdiri daripada golongan asnaf sama ada dari golongan fakir, miskin atau mualaf.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh mendapatkan borang permohonan di alamat:

Kaunter Tingkat 3,
Bahagian Pembangunan,
Unit Pembangunan Sosio Ekonomi,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam Lundang,
15200 Kota Bharu.

Borang permohonan tersebut pelu dihantar selewat-lewatnya 30 November 2023 ke alamat:

YABRS. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam Lundang,
15200 Kota Bharu.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Kemahiran Hidup MAIK, sila layari laman web iaitu https://www.e-maik.my/v2/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: