Program Kemahiran & Latihan Industri Yayasan JCorp

Pelajar lepasan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Kolej Vokasional atau Institusi Kemahiran di Negeri Johor adalah dialu-alukan untuk menyertai Program Kemahiran dan Latihan Industri di bawah Yayasan Johor Corporation (JCorp).

Program Kemahiran dan Latihan Industri merupakan program yang dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran pelajar dan mereka berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat Kumpulan JCorp dan rakan majikan strategik lain.

Permohonan bagi menyertai program ini telah dibuka bagi kemasukan April 2022 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian.

Manfaat Diperoleh

Mereka yang menyertai program ini akan menerima 3 manfaat utama yang akan diperoleh iaitu:

  • Sijil Tamat Latihan
  • Kursus Softskill
  • Elaun latihan

Bidang Kemahiran

Bidang kemahiran yang ditawarkan kepada mereka yang berminat menyertai program ini adalah seperti berikut:

  • Penyelenggaraan Pendingin Hawa
  • Tanaman dan Pertanian
  • Teknologi Maklumat (ICT)
  • Kulinari
  • Penyelenggaraan Bangunan
  • Teknologi Makanan
  • Pendawaian Elektrik
  • Perhotelan

Syarat Kelayakan

Hanya 1 syarat kelayakan bagi mereka yang ingin menyertai program ini iaitu mereka mestilah peserta mestilah lepasan Vokasional Menengah Atas (PVMA), Kolej Vokasional atau Institusi Kemahiran sahaja.

Mereka selain tergolong dalam kategori tersebut adalah tidak layak untuk menyertai program ini.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://www.surveymonkey.com/r/L3JZMDP.
  2. Baca maklumat program dan klik butang ‘Ok.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan pada setiap paparan dan klik butang ‘Next.’
  4. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Kemahiran dan Latihan Industri ini, sila hubungi urusetia JCorp di talian 07-219 5107.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: