Permohonan Program Laluan Pantas SPM Huffaz Selangor 2025
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS) telah membuka permohonan bagi murid di institut tahfiz yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyertai Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor bagi sesi 2025.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.
Mengenai Program Laluan Pantas SPM
Program Laluan Pantas (Fast Track) SPM Huffaz Selangor ini adalah program kelas tuisyen memberi ruang murid-murid institusi tahfiz persendirian swasta menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Pelaksanaan program ini merupakan saranan daripada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari supaya mewujudkan kelas tuisyen sekurang-kurangnya sebuah di setiap daerah negeri Selangor khusus kepada murid-murid institusi tahfiz persendirian swasta.
Program ini ditawarkan kepada semua Institusi Tahfiz negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS atau PITAS dan bagi murid yang ingin menyertai program PITAS ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian sehingga 24 Januari 2025.
Pelaksanaan Program
Program Laluan Pantas SPM Huffaz ini akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad jam iaitu bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang.
Murid yang terlibat akan mendapat pengajian percuma, buku rujukan, buku latihan, seminar teknik menjawab peperiksaan, seminar pecutan akhir dan slot motivasi manakala buku teks akan diberikan secara pinjaman.
Mata Pelajaran
Mata pelajaran yang wajib diambil adalah seperti berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Sejarah
- Bahasa Arab
- Tasawwur Islam
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas.
- Pemohon sedang atau pernah menuntut di Institusi Tahfiz di negeri Selangor yang berdaftar dengan JAIS.
- Pemohon telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 juzu’ Al Quran.
- Menguasai kemahiran membaca, menulis, dan mengira.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti mohon menerusi pautan https://pendidikan.jais.gov.my/fasttrackspm .
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan dan perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
- Surat akuan belajar dari Institusi Tahfiz Negeri Selangor.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila layari pautan https://www.jais.gov.my/en/.
Baca juga: Permohonan Tingkatan 1 & 4 SMA MAIWP & SMISTA 2025