Permohonan Program Latihan Belia Autisme ILKBS Sesi 2 2023

Belia Autisme yang berminat untuk mendapatkan latihan kemahiran boleh membuat permohonan bagi menyertai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

ILKBS merupakan institusi kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir negara dan mempunyai nilai-nilai yang tinggi sama ada dari aspek kemahiran, pengetahuan, sikap mahu pun sahsiah yang terpuji di kalangan belia negara.

Pengenalan Program Latihan Belia Autisme ILKBS

Salah satu program yang ditawarkan di ILKBS adalah Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada belia Autisme mendapatkan latihan kemahiran.

Untuk memohon program ini, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tarikh permohonan ditutup adalah 30 Jun 2023.

Program Latihan Ditawarkan

Program latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

ProgramLokasi
Conejo Cafe@ILKBS
(Program Cafe Management)
IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang
AuSomeMerch@ILKBS
(Program Merchandise)
IKBN Kuala Selangor, Selangor
Rimau Cafe
(Asas Pengurusan Cafe)
Menara KBS, Putrajaya
Amazing Cottage
(Asas Pembuatan Roti)
IKBN Kemasik, Terengganu
Cullyventure
(Asas Pembuatan Roti)
IKTBN Sepang, Selangor
MyITCrew
(Asas Teknologi Maklumat)
IKTBN Dusung Tua, Selangor
My Austisseries
(Asas Pembuatan Pastri dan Roti)
IKBN Miri, Sarawak

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang melayakkan belia Austime untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 17 hingga 30 tahun.
  3. Terdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.
  4. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  5. Boleh berdikari dan lulus temu duga.

Tatacara Permohonan Program Latihan Belia Autisme ILKBS Sesi 2 2023

Pemohon perlu mengikuti tatacara permohonan berikut untuk memohon:

  1. Klik pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScuIsEWbekkbfKJhAnAGlqjIQFwIi7LazYRL666MEsByxJtOA/viewform.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Pilih kursus kemahiran yang ingin diambil.
  4. Semak dan pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat permohonan.
  5. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme), sila hubungi:

  • Puan Maizun: 04-522 5288
  • En Basirul: 03-3180 1670
  • Puan Hanita: 03-8871 37701
  • En Nik: 03-90216797
  • Puan Ratha: 09-866 4521
  • Puan Syikin: 03-8706 1720
  • Puan Brenda: 08-566 0714

Pemohon juga boleh menghantar emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: