Permohonan Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf

Akademi Binaan Malaysia (ABM) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Bank Rakyat mengalu-alukan permohonan bagi belia asnaf yang ingin terlibat dalam industri pembinaan menerusi Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf.

Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf adalah program latihan yang ditawarkan kepada belia asnaf untuk menceburi industri pembinaan menerusi latihan yang diberikan oleh ABM.

Selepas belia menamatkan program ini, mereka akan diberikan penempatan pekerjaan yang akan membolehkan mereka membina kerjaya di dalam industri tersebut.

Para belia yang yang berminat boleh membuat permohonan mulai 15 Februari 2022 sehingga 25 Februari 2022 secara atas talian.

Kelebihan Program

Belia yang mengikuti program latihan ini akan menerima beberapa kelebihan iaitu:

  • Kemudahan asrama
  • Makan dan juga minum
  • Wang saku/elaun
  • Pakaian seragam
  • Kad hijau
  • Penempatan pekerjaan

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan menerusi program latihan ini adalah seperti berikut:

  • Plumbing (3 bulan)
  • Air-conditioning and mechanical ventilation (4 bulan)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh para pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah penduduk di Negeri Kedah.
  2. Pemohon mestilah lelaki berumur 18 hingga 35 tahun.
  3. Boleh membaca, menulis, dan mengira.
  4. Pemohon sihat tubuh badan.
  5. Mempunyai lesen kenderaan sekurang-kurangnya B2.
  6. Pendapatan keluarga kurang daripada RM2000 sebulan.
  7. Bebas daripada pengaruh dadah.
  8. Keutamaan diberikan kepada keluarga penerima bantuan LZNK.

Tatacara Permohonan

Pemohon boleh mengikuti tatacara permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://bit.ly/lznkabm.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang berkaitan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Mengenai Program

Pertanyaan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Industri Pembinaan Belia Asnaf, sila hubungi Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK di talian 019-465 4255.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: