Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia Zakat Pulau Pinang

Zakat Pulau Pinang (ZPP) menawarkan latihan kemahiran kepada belia di negeri tersebut menerusi Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia yang ditaja oleh ZPP.

Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia ini dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) bagi membangunkan kemahiran belia yang berpendapatan rendah (B40) melalui latihan kemahiran yang ditawarkan.

Belia yang berminat boleh membuat permohonan di borang permohonan atas talian sebelum 31 Oktober 2022.

Kemudahan Yang Disediakan

Kemudahan yang disediakan menerusi program latihan ini adalah seperti berikut:

  • Penginapan
  • Makan minum
  • Elaun
  • Pakaian keselamatan
  • Kad personel binaan

Kursus Yang Ditawarkan

Kursus yang ditawarkan di dalam program ini adalah seperti:

  • Mobile Crane: Pengajian selama 3 bulan.
  • Hydraulic Excavator: Pengajian selama 2 bulan.

Syarat & Kelayakan

Syarat dan kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Bermastautin di Pulau Pinang.
  2. Lelaki dan beragama Islam.
  3. Berumur 21 sehingga 35 tahun dan mempunyai lesen memandu kelas D.
  4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4850.00 sebulan.
  5. Tiada rekod saman, jenayah, dan penyalahgunaan dadah.
  6. Sihat tubuh badan.
  7. Berminat untuk bekerja selepas tamat latihan.

Langkah Memohon

Permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfL5e3e246Db-TK52Ze_JI97vGffALDNv-2GSyOIK4z4wajgw/viewform?fbclid=IwAR1JcRfKwdH3zqikCbA8b4FGg5GtDK8D9xibkJfc05VF0FABEg_hvO8HaaQ.
  2. Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia, sila hubungi Bahagian Institusi Pendidikan Zakat Pulau Pinang di talian 04-5498125/8155.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: