Program Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover

Khas untuk ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan para pendidik, terdapat tawaran istimewa bagi pembiayaan insurans kenderaan menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover.

Program Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover ini diperkenalkan selepas pihak NUTP dan MyEzyCover menjalinkan kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 16 Disember 2022 yang lalu.

Pengenalan program ini membantu penjawat awam khususnya golongan guru yang mempunyai komitmen kewangan tinggi mengurangkan tekanan terutama ketika memperbaharui insurans kenderaan.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan hampir 400,000 guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Keistimewaan Program

Keistimewaan yang bakal dinikmati oleh para guru menerusi program ini adalah:

  • Pinjaman 0% faedah untuk pembiayaan takaful kenderaan dan cukai jalan.
  • Bayaran ansuran sehingga 10 bulan maksimum.
  • Pembayaran menerusi potongan gaji oleh ANGKASA.

Jadual Pembayaran Semula

Jadual pembayaran semula melalui program ini adalah seperti berikut:

Contoh: Pembiayaan tanpa faedah bagi premium takaful dan dan cukai jalan untuk kereta Honda City ialah RM900.

Tempoh PinjamanAnsuran Bulanan
3 BulanRM300
6 BulanRM150
10 BulanRM90

Cara Permohonan

Cara untuk memohon program pembiayaan insurans ini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://myezycover.com.my/ dan isi butiran kenderaan serta maklumat lain yang diminta.
  2. Sebut harga akan dipaparkan serta merta, pilih nilai perlindungan yang diperlukan.
  3. Buat permohonan pembiayaan tanpa faedah sebagai pilihan pembayaran. Pemohon boleh tempoh bayaran semula sama ada 3, 6, dan 10 bulan.
  4. Muat naik salinan MyKad dan slip gaji terkini untuk proses semakan kelulusan. Pengesahan majikan tidak diperlukan.
  5. Nota perlindungan akan diterima melalui email atau Whatsapp dalam tempoh 5 minit selepas permohonan diluluskan. Cukai jalan akan terus dihantar ke tempat tinggal anda.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Pembiayaan Insurans Kenderaan NUTP-MyEzyCover, sila layari laman web https://myezycover.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: