Program Pembiayaan Perantisan Aerodyne Intelligence Specialist

Yayasan Peneraju dengan kerjasama Aerodyne Group menawarkan Program Pembiayaan Perantisan bagi Aerodyne Intelligence Specialist kepada mereka yang berminat.

Program ini ditawarkan kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda yang berpeluang mendapat peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di Aerodyne Group.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang teknologi dijangka bakal mendapat permintaan besar sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di Medini Johor Bahru atau Cyberjaya selama 6 bulan dengan elaun latihan turut diberikan kepada mereka yang menyertai program ini.

Modul Yang Ditawarkan

Modul-modul yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti:

  • Kemahiran Profesional Artificial Intelligence dan Sains Data
  • Big Data Analytics
  • Reka Bentuk Pengkomputeran Awan
  • Pembangunan Aplikasi dan Platform
  • Keselamatan Siber

Struktur Program

Struktur program ini akan melibatkan 2 bahagian iaitu:

  • Bahagian A: Kursus Pembangunan Kemahiran (3 bulan)
  • Bahagian B: Perantisan Bersama Mentor (3 bulan)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang berminat menyertai Program Pembiayaan Perantisan Aerodyne Intelligence Specialist seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan Bumiputera yang berumur bawah 30 tahun.
  2. Kelulusan Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Sains Komputer atau kejuruteraan.
  3. Keputusan PNGK tidak kurang daripada 3.00.
  4. Mempunyai kemahiran analitik dan pengaturcaraan C++ dan Python
  5. Minat yang tinggi di dalam bidang Artificial Intelligence.

Tatacara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar CV pemohon ke alamat emel [email protected].

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Program Pembiayaan Perantisan Aerodyne Intelligence Specialist ini, sila layari https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-teknologi/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: