PPN JPA: Permohonan Program Penajaan Nasional 2025

Program Penajaan Nasional (PPN) adalah penajaan yang ditawarkan kepada pelajar
terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program penajaan ini.

Mengenai PPN JPA

PPN tahun 2025 merupakan penajaan kepada 30 orang pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat Persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Pemohon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama di universiti terbaik dunia di Amerika
Syarikat, Australia, Republik Rakyat China atau United Kingdom.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 30 April 2025 (Rabu), 10.00 pagi hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang.

Mekasnisme Penajaan

Penajaan yang ditawarkan adalah berasaskan PBU iaitu:

  • PNGK akhir 3.75 – 4.00 atau setara tanpa pelanjutan: 5%
  • PNGK akhir 3.50 – 3.74 atau setara tanpa pelanjutan: 10%
  • PNGK akhir 3.00 – 3.49 atau setara tanpa pelanjutan: 15%
  • PNGK akhir 3.00 dan ke atas atau setara dengan pelanjutan: 20%
  • PNGK akhir di bawah 3.00 atau setara atau Gagal pengajian: 100%
  • Dilantik dalam Sektor Awam (setaraf dengan kelayakan): Dikecualikan bayaran balik atas baki nilai pinjaman

Peringkat Pengajian

Pengajian yang ditaja adalah secara berpakej seperti berikut:

  • Peringkat Persediaan (Program A-Level 24 bulan) di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).
  • Peringkat Ijazah Pertama di universiti terkemuka dunia di Amerika Syarikat, Australia, Republik Rakyat China atau United Kingdom yang dikenal pasti berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (keseluruhan) Tahun 2025 dan 2026.

Bidang Pengajian

Pelajar diberi ruang untuk memilih bidang pengajian tertakluk kepada program pengajian Ijazah Pertama yang ditawarkan oleh universiti bagi tahun kemasukan pelajar, kecuali bidang-bidang yang tidak ditaja.

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:

  • Bidang perubatan, pergigian dan farmasi;
  • Undang-undang;
  • Seni bina;
  • Bidang pendidikan;
  • Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya;
  • Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain;
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra- perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil/ kursus profesional; dan
  • Program selain Sarjana Muda Kepujian secara embedded honours, dengan tempoh pengajian 4 tahun berterusan di Australia. Bagi penajaan di Australia, program pengajian/ kursus yang dibenarkan ialah kursus-kursus dengan kelayakan Sarjana Muda Kepujian secara embedded honours, dengan tempoh pengajian 4 tahun berterusan di Australia sahaja.

Syarat Umum

Pemohon perlulah memenuhi syarat umum yang ditetapkan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  3. Ibu dan/ atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  7. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40. Selain itu, pelajar dengan penguasaan Bahasa Mandarin yang baik turut diberi keutamaan bagi tujuan penajaan ke Republik Rakyat China.

Tatacara Permohonan PPN JPA

Permohonan penajaan ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPN.
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Teruskan Pendaftaran.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan yang diperlukan sehingga tamat.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan mengenai Program Penajaan Nasional (PPN) 2025 boleh dibuat menerusi talian 03-8885 3297 (jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang) atau e-mel [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: